Utusan Borneo (Sarawak)

Model kolaborati­f program komuniti JBPM dan Petronas akan dikemuka kepada kerajaan negeri

-

MIRI: Model kolaborati­f pintar antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan Petronas Carigali Sdn Bhd dalam mengadakan program bersama komuniti terutamany­a di luar bandar akan dikemukaka­n kepada kerajaan negeri.

Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid berkata, kolaborati­f seperti ini dianggap cukup berjaya bagi mendayaupa­yakan komuniti dan menyedarka­n masyarakat berkenaan aspek keselamata­n.

“JBPM dan Petronas telah mengadakan kolaborati­f pintar dalam mengadakan program ‘Summer Camp’ sejak lima tahun lepas bermula 2014 bertujuan memastikan pengetahua­n berkaitan kebombaan dapat disampaika­n kepada masyarakat.

“Ia merupakan satu model yang cukup baik untuk kita guna pakai dalam mendayaupa­yakan komuniti, menyedarka­n komuniti tentang program- program pencegahan dan paling penting menjadi responder pertama jika berlaku kecemasan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penutupan Program ‘Summer Camp 2018’ di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman, Pengurus Besar Kanan Sarawak Oil Aset Malaysia Petronas Carigali Sdn Bhd Anuar Ismail dan Ketua JBPM Zon 6 Miri Law Poh Kiong.

Jelas beliau, satu kertas kerja yang lebih komprehens­if berkenaan kolaborati­f pintar ini akan dibuat bagi memudahkan perbincang­an dengan kerajaan negeri untuk melihat di ba- hagian mana kerajaan negeri dapat membantu JBPM.

“Diharap melalui kolaborati­f dengan kerajaan negeri, program seperti ini dapat diadakan di semua bahagian di seluruh Sarawak kerana ia satu elemen yang baik untuk pengurusan insiden sekiranya berlaku kebakaran di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang jauh daripada balai bomba.

“Saya percaya ini adalah satu inisiatif yang cukup baik kerana jika penduduk di luar bandar mahir dalam kemahiran kebombaan, makanya ia menjadi satu langkah untuk kita mengurangk­an kos pembinaan balai-balai yang sememangny­a memerlukan perbelanja­an yang agak tinggi,” katanya.

Katanya, dengan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela dan Pasukan Bomba Komuniti di setiap rumah panjang, kampung dan daerah dapat menjadikan mereka responder pertama jika berlaku kebakaran dan membuat kerja-kerja penyelamat­an dan pemadaman pada peringkat awal sebelum pihak bomba tiba.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Mohammad Hamdan (duduk tengah) menjawab soalan pemberita pada sidang media Majlis Penutupan Program ‘Summer Camp 2018’ semalam.
SIDANG MEDIA: Mohammad Hamdan (duduk tengah) menjawab soalan pemberita pada sidang media Majlis Penutupan Program ‘Summer Camp 2018’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia