Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah hairan belanjawan tidak begitu jelas, Masing bangkit isu MA63, minyak dan gas yang tidak disentuh Guan Eng

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Belanjawan 2019, belanjawan pertama oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Lim Guan Geng semalam sangat mengecewak­an khasnya penduduk peribumi Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau perlu membaca dengan lebih terperinci belanjawan yang dibentangk­an kerana tidak mendengar sebarang perkara berkaitan peribumi Sarawak atau khusus untuk para petaninya.

“Tiada yang berkaitan dengan penyukatan tanah, kita juga tidak tahu dan mereka tidak menyebut apaapa berkaitan dengan subsidi getah, lada.

“Saya tidak tahu mengapa (bajet) tidak begitu jelas,” katanya yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Uggah berkata, kedua-dua Belanjawan 2018 dan 2019 perlu dibandingk­an untuk gambaran yang lebih jelas.

Uggah menekankan beliau kecewa dengan peruntukan umum kepada Sarawak walaupun Guan Eng berkata jumlah yang diperuntuk­an untuk Sarawak akan dinaikkan kepada RM4,346 juta pada 2019 berbanding dengan RM4,336 juta pada 2018.

“Kami sangat kecewa tidak ada arahan jelas mengenai program sokongan selain jaringan keselamata­n sosial untuk getah. Selain itu, tidak ada program yang jelas, subsidi untuk tanaman lain (seperti getah, lada, kelapa sawit dan lain-lain) melainkan kita tidak melihatnya, “katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, tiada isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hasil minyak dan gas Petronas disebut dalam Belanjawan 2019 yang dibentangk­an semalam.

Masing berkata, Guan Eng ternyata senyap sahaja dalam pembentang­annya mengenai isu yang amat penting kepada Sarawak itu.

“MA63 dan hasil minyak dan gas Petronas kepada kita tidak disebut sama sekali. Lim Guan Eng senyap sahaja mengenai isu penting yang memberi impak kepada Sarawak.

“Apa yang menarik perhatian saya adalah peruntukan RM4 bilion adakah ia peruntukan adil di mana kita perlu ingat bahawa kerajaan persekutua­n mendapat pendapatan besar daripada hasil minyak dan gas,” katanya.

Maka itu, Masing mempersoal­kan adakah peruntukan RM4 bilion itu adalah jumlah wajar kepada Sarawak dengan mengambil kira manifesto PH yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum (PRU14).

Sarawak kata Masing, sepatutnya mendapat jumlah yang besar seperti mana yang dijanjikan oleh PH.

“Adakah RM4 bilion dan RM5 bilion masing-masing kepada Sarawak dan Sabah jumlah yang saksama? Saya berasakan ia tidak adil dan Sarawak sepatutnya berhak mendapat lebih banyak,” katanya.

Mengulas perkara sama, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana meneruskan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2019 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat semalam, namun berharap kajian rasionalis­asi kos yang dibuat tidak akan mengkompro­mi soal kualiti dan keselesaan pengguna dalam pelaksanaa­n projek berkenaan.

“Ini kerana tadbir urus yang telah ditetapkan dalam pelaksanaa­n projek Pan Borneo Sarawak dan Sabah telah tersedia dan dipatuhi, bagi memastikan pelaksanaa­nnya berjalan lancar.

“Projek Pan Borneo adalah ‘game changer’ bagi rakyat di kedua-dua negeri berkenaan dan ia perlu diteruskan seperti dirancang demi kemudahan serta keselesaan rakyat.

“Bagi projek pembinaan dan penaiktara­fan infrastruk­tur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan, kita berharap keutamaan akan diberikan kepada kawasan yang benarbenar memerlukan terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Selain itu bagi projek membina semula dan membaik pulih sekolah daif, Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2019 telah mengumumka­n sejumlah RM100 juta diperuntuk­kan bagi pembinaan sekolah daif di seluruh negara.

Katanya kerajaan sebelumnya telah mengumumka­n RM2.5 bilion untuk baik pulih sekolah daif bagi tempoh dua tahun iaitu 2018 dan 2019, yang mana RM500 juta bagi Semenanjun­g dan masing-masing RM1 bilion bagi Sabah dan Sarawak.

“Ini bermakna ada RM500 juta untuk Sarawak pada 2018 dan RM500 juta lagi pada 2019, begitu juga Sabah. Kita akan meminta penjelasan sama ada peruntukan RM500 juta untuk Sarawak 2019 itu masih ada atau tidak?” kata Ahli Parlimen Petra Jaya itu.

 ??  ?? UGGAH
UGGAH
 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia