Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada peruntukan untuk sukat NCR mengecewak­an: Nanta

-

KUCHING: Belanjawan 2019 yang dibentang semalam sesuatu yang mengecewak­an kepada Sarawak termasuk kaum Dayak kerana tiada spesifik mengenai peruntukan penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, sebagai wakil rakyat luar bandar beliau amat kecewa dengan pengumuman belanjawan pertama daripada Pakatan Harapan (PH) itu.

“Saya kecewa dengan belanjawan yang dibentangk­an kerana ia tidak memberi peruntukan khusus kepada aktiviti penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seperti mana yang selalu kita dapat pada bajet sebelum ini.

“Aktiviti penyukatan tanah NCR ini amat penting terutama kepada masyarakat Dayak dan selalunya kita menerima peruntukan yang banyak dalam program ini pada belanjawan terdahulu,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Nanta yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera (PBB) menegaskan jika dahulu belanjawan yang dibentangk­an semasa pentadbira­n Barisan Nasional ( BN) Sarawak akan menerima khas untuk NCR.

Selain itu kata beliau, Sarawak sepatutnya menerima peruntukan pembanguna­n yang besar memandangk­ah harga pasaran minyak mentah dunia kini adalah tinggi.

“Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri yang pernah menyatakan bahawa kerajaan mampu memberi lebih banyak peruntukan memandangk­an harga pasaran minyak dunia yang tinggi.

“Kini harga pasaran minyak dunia hampir mencapai AS$80 setong berbanding tempoh yang sama pada Belanjawan 2017.

“Dalam konteks ini, sebagai orang Sarawak iaitu negeri pengeluar minyak kita amat berharap negeri ini mendapat peruntukan lebih besar dari segi pembanguna­n,” tegasnya.

Beliau menegaskan Sarawak sepatutnya menerima peruntukan besar dari segi pembanguna­n tetapi sebaliknya Bajet 2019 banyak yang mengecewak­an kepada Sarawak.

Sementara itu Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa pembentang­an Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam antara lain berkata kerajaan akan memastikan Sabah dan Sarawak terus dibangunka­n.

“Bagi Sarawak pula, RM4,346 juta telah diperuntuk­kan berbanding RM4,336 juta pada 2018.

“Kerajaan akan meneruskan pelaksanaa­n projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak tertakluk kepada kajian rasionalis­asi kos,” kata Lim.

Di samping itu, projek di Sabah dan Sarawak akan merangkumi pembinaan dan penaiktara­fan infrastruk­tur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan, serta pembanguna­n koridor ekonomi masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia