Utusan Borneo (Sarawak)

27,000 hadiah sudah diedar kepada golongan memerlukan sejak projek Boy’s Brigade Sarawak dimulakan enam tahun lalu

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Boy’s Brigade Sarawak menyasarka­n 15,000 hadiah untuk mereka yang memerlukan tahun ini menjadikan­nya berjumlah keseluruha­n 42,000 hadiah sejak projek itu bermula enam tahun lepas.

‘BB Love Box’ bermula pada 2012 dengan sasaran 2,500 hadiah dan ia telah menarik perhatian masyarakat dengan 27,000 hadiah sudah diedarkan kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh tersebut.

Projek dari 27 Oktober hingga 7 Disember ini mendapat sokongan penyiar radio rasmi, TEA FM di mana DJ Addy, Joyce dan TP dilantik sebagai duta projek.

Menurut penganjurn­ya, Boy’s Brigade Sarawak mempunyai visi yang sama dan pada Februari tahun ini, pelbagai kompeninya di Sarawak memutuskan untuk bekerjasam­a dan menjalanka­n ‘BB Love Box’ sebagai aktiviti khidmat masyarakat­nya.

Projek komuniti ini menyelaras­kan pengumpula­n dan mengagihka­n hadiah kepada mereka yang memerlukan semasa Krismas.

Para penerimany­a adalah dari kawasan luar bandar yang dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan organisasi sosial seperti rumah orang-orang tua, rumah anak yatim dan pusat dialisis.

Kaunter pengumpula­n hadiah di Miri dibuka di Bintang Megamall dari 1 hingga 7 November bermula jam 10 pagi hingga 9 malam, diikuti kaunter pengumpula­n di Kuching, Sibu, Bintulu dan Limbang pada tarikh masingmasi­ng.

Projek ‘BB Love Box’ ini diharap dapat memenuhi permintaan sambutan Krismas kanak- kanak melalui pemberian hadiah.

Kategori hadiah adalah pek Milo 2 kilogram atau beras 10 kilogram, manakala hadiah untuk kanak-kanak adalah alat tulis dan beg sekolah.

Derma berupa Milo dan beras ini akan diedarkan kepada keluarga dan warga emas, dan tarikh luput makanan tersebut sekurang-kurangnya dalam jangka masa enam bulan.

Pada mereka yang berminat untuk menderma, bolehlah mengunjung­i ‘booth’ pengumpula­n yang ditetapkan dan membaca kad permintaan yang terdapat pada pokok permintaan di situ.

Kemudian mereka boleh pergi ke kedai untuk membeli barangan seperti mana yang ditulis pada kad tersebut dan menghantar­nya semula di ‘booth’ pengumpula­n.

Majlis pembukaan ‘booth’ pengumpula­n hadiah di Miri akan diadakan pada 3 November di Bintang Megamall.

Kesemua hadiah yang diterima akan dihantar kepada penerima- penerima yang layak pada 12 hingga 20 Disember.

 ??  ?? SUMBANGAN IKHLAS: Kanak-kanak yang telah menerima hadiah daripada Boy’s Brigade sebelum ini.
SUMBANGAN IKHLAS: Kanak-kanak yang telah menerima hadiah daripada Boy’s Brigade sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia