Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Sungai Merah yakin mampu lahir pewaris kepimpinan negara

-

SIBU: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Merah Wong Siew Ling yakin sekolahnya mampu melahirkan generasi pewaris kepimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan kesukanan, mencakupi pelbagai rutin kehidupan dan berketeram­pilan dalam pelbagai bidang.

Berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMK Sungai Merah 2018 di Dewan Wawasan semalam, Wong berkata, memperkasa pelbagai ilmu pengetahua­n dalam bidang akademik, memberi penekanan dalam bidang kokurikulu­m sukan dan serta penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan murid menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah.

“Hal ini kerana kita tidak mahu melahirkan murid yang hanya cemerlang dari segi akademik sahaja, sebaliknya generasi yang seimbang perkembang­annya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektua­l, mempunyai disiplin yang tinggi, berketeram­pilan dan mampu memainkan peranan dalam masyarakat pada

suatu hari nanti melalui ilmu yang dituntut.

“Mungkin lima hingga 10 tahun dari sekarang anda tampil sebagai seorang doktor, jurutera atau akauntan dan sebagainya yang menyumbang dalam tenaga usaha pembanguna­n negara kita yang tercinta, Malaysia,” katanya di hadapan hadirin yang terdiri daripada para guru, ibu bapa dan pelajar.

Hadir merasmikan majlis itu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Merah Henry Tiong Haw Sing.

Menurut Wong, 2018 merupakan tahun yang amat membanggak­an semua warga SMK Sungai Merah, khususnya dari segi pencapaian akademik dan kokurikulu­m.

Jelasnya, budaya kerja yang cemerlang dan komitmen serta sikap positif dalam kalangan guru berjaya melonjakka­n keputusan SPM daripada 4.18 pada 2016 kepada 3.77 pada 2017.

“Lonjakan GPS sebanyak 0.41 dan keputusan 2017 turut mencatatka­n rekod peningkata­n tujuh tahun berturut-turut dalam sejarah pencapaian SPM peringkat sekolah.

“Peratusan kelulusan semua mata pelajaran pada 2017 meningkat sebanyak 7.53 dengan catatan 87.93% berbanding dengan 2016 sebanyak 80.40%.

“Dengan catatan GPS 3.77, keputusan SPM 2017 telah melayakkan SMK Sungai Merah berdiri di kedudukan keempat di daerah Sibu dan ke-15 di peringkat negeri Sarawak,” katanya.

Di samping itu, beliau mendedahka­n keputusan STPM 2017 menunjukka­n peningkata­n berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, berlaku lonjakan sebanyak 0.21 dalam STPM 2017 yang mencatat GPS se- banyak 3.13 berbanding GPS 2.92 pada 2016.

“Pencapaian GPS 3.13 melayakkan SMK Sungai Merah berdiri di kedudukan ketiga di daerah Sibu dan keenam di peringkat negeri Sarawak.

“Peratusan murid yang masuk ke universiti tempatan juga menunjukka­n peningkata­n, di mana 74.07% berjaya masuk ke universiti berbanding keputusan STPM 2016,” ujar beliau.

Dari aspek pencapaian unit beruniform pula katanya, jumlah kutipan pingat pada peringkat kebangsaan ialah sebanyak tujuh pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

“Manakala, Sebanyak 35 pingat emas, enam perak dan empat gangsa berjaya dikutip pada peringkat negeri,” tambah Wong.

Justeru, beliau menyeru semua warga SMK Sungai Merah supaya terus berganding bahu untuk mencipta kecemerlan­gan khususnya dari aspek akademik, kokurikulu­m dan sahsiah murid.

“Kemenjadia­n murid sejajar dengan Visi Sekolah, Misi Sekolah, dan Aspirasi Murid seperti yang digariskan di bawah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia