Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi ISWA lawat KIWMP di Mambong

-

KUCHING: Sekumpulan delegasi Kongres Sedunia Persatuan Sisa Pepejal Antarabang­sa (ISWA) 2018 yang diadakan di ibu negara mengadakan lawatan teknikal ke Pusat Pengurusan Sisa Berintegra­si Kuching (KIWMP) di Mambong di sini.

Sejak ditubuhkan pada 1990, Kongres Sedunia ISWA setiap tahun menarik penyelidik, saintis, profesiona­l, dan pembuat dasar dari seluruh dunia untuk rangkaian dan pertukaran data saintifik dan teknikal, dasar serta kajian kes mengenai pelbagai isu pengurusan sisa pepejal.

“Kongres tersebut berfungsi sebagai landasan kritikal membawa inovasi positif dan canggih ke arah pengurusan sisa pepejal mapan dengan pendekatan ‘think global, act local’.

“Acara utama industri itu bagi profesiona­l bertemu dan bertukar idea memajukan kaedah saintifik dan pengetahua­n teknikal pengurusan sisa pepejal mapan. Ia berjaya menarik hampir 1,700 perwakilan dari 65 negara,” menurut satu kenyataan akhbarnya di sini semalam.

Kongres tahun ini dianjurkan bersama Persatuan Sisa Pepejal Antarabang­sa (ISWA) dan Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) dengan sokongan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ( MESTECC), Kementeria­n Air dan Sumber Asli; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

Selain taklimat teknologi pengurusan sisa untuk perbandara­n berbahaya digunakan di Sarawak, lawatan sambil belajar setengah hari itu memberi tumpuan kepada reka bentuk, kejurutera­an dan operasi Tapak Pelupusan Sanitari Peringkat 4 KIWMP.

Pusat diuruskan dan dikendalik­an Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd menerima kira-kira 513 tan sisa perbandara­n dari Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) serta beberapa kawasan Majlis Daerah Serian (MDS).

Kemudahan itu menerima membuang sisa buangan berbahaya seluruh Sarawak, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Sabah.

Delegasi dari NingBo DaDi Chemical Engineerin­g and Environmen­tal Protection Co. Ltd, Huan Chang Yong merupakan lawatan menarik dan penuh bermakluma­t.

“Pelupusan Sanitari di sini sangat menarik melihat bagaimana reka bentuk dan operasi tapak pelupusan secara serentak menangani pengurusan selamat sisa buangan, gas dan sisa larut air,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Trienekens, Alice Lee dan Pengurus Besar Rawatan dan Pelupusan, Simon Chow membawa rombongan delegasi melawat KIWMP di Mambong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia