Utusan Borneo (Sarawak)

Shell anugerah biasiswa kepada enam penerima

-

KUCHING: Sebagai sebahagian daripada komitmen Shell dalam pelaburan membangunk­anbakatmud­a dalam industri tenaga, organisasi itu menganuger­ahkan biasiswa kepada enam penerima Shell Scholarshi­p Fund 2018.

Biasiswa tersebut merangkumi dua pelajar dari Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia daripada 2,000 pemohon selepas beberapa siri penilaian yang komprehens­if dan sesi temu ramah.

Shell telah menawarkan pembanguna­n bakat sejak 40 tahun lalu menerusi program biasiswany­a, sebagai salah satu cara untuk menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Biasiswa ini bertujuan untuk pelajar yang berminat melanjutka­n pendidikan tinggi mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Pada masa ini, Malaysia mempunyai permintaan tenaga kerja yang menjurus kepada STEM yakni kurang daripada tiga peratus berbanding negara maju lain.

Terdapat permintaan di dalam dunia digital hari ini yang menitikber­atkan inovasi.

Bagi memastikan terdapat ahli profesiona­l yang relevan dan mahir untuk memenuhi keperluan modal insan masa depan, Shell mengambil inisiatif untuk memban- gunkan bakat dalam STEM menerusi dana biasiswa tersebut.

“Sebagai majikan pilihan, Shell berhasrat menarik bakat yang terbaik dan membantu mereka dalam mengejar aspirasi pendidikan untuk kemasukan masa depan mereka ke dalam industri tenaga.

“Shell percaya bahawa pendidikan dan pembanguna­n bakat tempatan adalah dua perkara paling penting untuk membina mereka yang berbakat inovatif dan berdaya saing,” kata Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo.

Organisasi tersebut telah berusaha untuk membantu negara untuk mencari modal insan yang bakal menjadi pemimpin dan peneraju industri masa depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Shell, layari https://www.shell. com.my/careers/studentsan­d- graduates/ scholarshi­ps.html.

Dua pelajar Sarawak yang berjaya mendapat biasiswa tersebut adalah Lewis Tang Wei Hao dari SMK Kuching High dan Gordon Wu Shun Yong dari Sekolah Menengah Swasta St Joseph.

 ??  ?? LEWIS
LEWIS
 ??  ?? GORDON
GORDON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia