Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan hubungan baik dengan kaum lain dipertahan

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Keistimewa­an dan keunikan budaya etnik Melanau perlu dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tellian Yussibnosh Balo berkata, ia harus terus wujud seperti etnik itu sendiri yang sentiasa bergerak seiring peredaran masa.

“Etnik Melanau memang istimewa kerana kita sering menyesuaik­an diri dan beradaptas­i dengan suasana serta persekitar­an,” ujarnya pada Malam Gala Kebudayaan Melanau sempena Simposium Kebudayaan Melanau Ke-7 2018 di sini, malam kelmarin.

Turut hadir ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi.

Y u s s i b n o s h b e r k a t a , keistimewa­an etnik ini boleh bergaul dengan lebih 30 etnik

Etnik Melanau memang istimewa kerana kita sering menyesuaik­an diri dan beradaptas­i dengan suasana serta persekitar­an.

lain di negeri ini adalah sesuatu yang dibanggaka­n dan amat perlu diteruskan sampai bila-bila.

Secara tidak langsung katanya, ikatan perpaduan antara kaum turut dibuktikan melalui hubungan baik tersebut yang wujud sejak berzaman.

Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada semua peserta simposium yang datang dari setiap pelosok Sarawak.

“Ini merupakan tanda sokongan dan juga merupakan tonggak kekuatan jati diri kita,” jelasnya.

Beliau turut berbangga dengan semua resolusi yang telah dibentang pada simposium kali ini.

Katanya, semua kertas kerja baginya adalah yang terbaik dan telah diserahkan kepada kerajaan Sarawak melalui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau percaya, setiap agenda yang telah dirumuskan akan diteliti serta diberi pertimbang­an sewajarnya oleh kerajaan negeri seperti mana resolusi-resolusi simposium kaum lain.

Majlis malam kelmarin diserikan dengan pelbagai acara menonjolka­n kebudayaan Melanau seperti tarian, nyanyian dalam bahasa Melanau serta pertunjuka­n fesyen Melanau.

Yussibnosh Balo ADUN Tellian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia