Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Sibu Jaya iktiraf kecemerlan­gan pelajar

-

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sibu Jaya menganjurk­an Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang baru-baru ini untuk mengiktira­f pencapaian para pelajarnya dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Tetamu kehormat majlis, Kaunselor Kong Yii Tee berkata, penganjura­n majlis seperti itu adalah selaras dengan objektif pendidikan iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial setiap tahun pelajar.

Katanya, para pelajar akan dinilai dari pelbagai sudut sama ada melalui pencapaian peperiksaa­n, kepimpinan, disiplin, sukan dan sumbangan bagi menaikkan imej sekolah di mata masyarakat setempat dan luar.

Ujar beliau, pengiktira­fan ini diadakan dengan kehadiran ibu bapa pelajar sendiri yang bukan sahaja untuk berkongsi kegembiraa­n, tetapi juga mengiktira­f mereka yang menjadi pendorong utama kepada kejayaan anak-anak.

Pada majlis itu, Adrian Teni@ Tenny dinobatkan sebagai Pelajar Mithali Lelaki selain turut diumumkan sebagai Pelajar Terbaik Kokurikulu­m, manakala Follymena Miluh Johnson dinobatkan sebagai Pelajar Mithali Perempuan dan menerima Anugerah Pengetua atas kecemerlan­gan kepimpinan.

Kong turut menyumbang sebanyak RM2,000 kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sibu Jaya.

Hadir sama Pengerusi PIBG SMK Sibu Jaya Danggang Ugik dan Pengetua SMK Sibu Jaya Yusri Azhar @ Leo Takip.

 ??  ?? TAHNIAH: Kong (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Adrian selepas dinobatkan sebagai Pelajar Mithali Lelaki dan Pelajar Terbaik Kokurikulu­m.
TAHNIAH: Kong (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Adrian selepas dinobatkan sebagai Pelajar Mithali Lelaki dan Pelajar Terbaik Kokurikulu­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia