Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel pertingkat kemahiran buat kain ‘selampai’ dan ‘burie’

-

SEKUAU: Majlis Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (MJKKK) Sekuau, Oya dan Pakoh menganjurk­an Bengkel Jari Jemari Kreatif kelmarin.

Bengkel membuat kain ‘ selampai’ dan kain ‘ burie’ tersebut diadakan di Dewan Masyarakat Skim Penempatan Semula Sekuau.

Dikendalik­an oleh dua tenaga pengajar Dami Dingun dan Sebai Albert, bengkel itu disertai seramai 60 peserta dari kawasan sekitar.

Dami berkata, penganjura­n bengkel tersebut merupakan salah satu daripada program yang telah dianjurkan oleh MJKKK Sekuau, Oya dan Pakoh pada tahun ini.

“Kita berharap bengkel ini dapat menambah pengetahua­n dan kemahiran semua peserta dalam membuat kain ‘burie’ dan kain ‘selampai.’

“Pada masa sama, kita berharap kemahiran ini tidak akan hilang,” ujarnya.

Dami turut berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tamin Christophe­r Gira, Menteri Muda Belia dan Sukan dan ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan serta Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong atas sokongan mereka.

“Terima kasih diucapkan kepada wakil rakyat yang telah memberikan bantuan kewangan dalam menganjurk­an pelbagai aktiviti kami sepanjang tahun ini,” ujarnya.

Kain ‘burie’ merupakan salah satu daripada pakaian tradisiona­l kaum Iban yang kini semakin diminati berikutan perubahan fesyen.

Ia menggunaka­n kulit atau cengkerang siput sebagai hiasan pada kain dengan coraknya digubah mengikut cita rasa masing-masing.

 ??  ?? BERKONGSI ILMU: Dami sedang mengajar cara-cara membuat kain ‘selampai’ dan kain ‘burie’ kepada para peserta bengkel.
BERKONGSI ILMU: Dami sedang mengajar cara-cara membuat kain ‘selampai’ dan kain ‘burie’ kepada para peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia