Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan terbaik bentuk bakat baharu terutama di luar bandar dan pedalaman untuk mencapai kejayaan: Dr Rundi

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

SEBAUH: Sistem bimbingan mentor dengan belajar daripada orang yang berjaya adalah pendekatan yang boleh dilakukan untuk memotivasi murid-murid terutamany­a di kawasan luar bandar dan pedalaman untuk mencapai kejayaan, kata Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata, pendekatan itu adalah cara terbaik untuk membentuk bakatbakat baharu yang masih mentah kerana apabila mereka menjadi lebih dewasa, maka semakin sukar bagi mereka untuk berubah dan dibentuk.

“Sebuah sekolah yang mempunyai sebilangan kecil pelajar adalah satu cabaran untuk guru khususnya dalam memenuhi Indeks Prestasi

Tidak kira sejauh mana sekolah itu terletak sama ada di pedalaman atau luar bandar, apabila mereka bermotivas­i, mereka mampu mencapai kejayaan.

Utama (KPI) mereka serta memastikan semua pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n,” ujarnya semasa berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan ( SK) Bukit Mawang Sebauh kelmarin.

Justeru katanya, Persatuan Guru Ibu Bapa (PIBG) harus memainkan peranannya untuk menyokong dan memotivasi murid-murid yang juga anak-anak mereka termasuk guru-guru.

“Tidak kira sejauh mana sekolah itu terletak sama ada di pedalaman atau luar bandar, apabila mereka bermotivas­i, mereka mampu mencapai kejayaan.

“Apabila memperkata­kan tentang pendidikan berkualiti dan pengajaran dan pembelajar­an yang berkesan, seluruh komuniti mesti bekerjasam­a,” tambahnya.

Sementara itu katanya, aktiviti sukan di sekolah adalah satu cara untuk melahirkan pelajar yang produktif dan sihat, manakala semua nilai positif mesti disemai ketika anakanak masih muda.

“Isu- isu sosial yang disebabkan oleh penyalahgu­naan dadah adalah kejadian yang memberi kesan kepada pelajar-pelajar muda pada masa kini.

“Ketagihan dadah adalah isu sosial berbahaya yang mudah merebak dari satu komuniti kepada yang lain dan sebahagian besarnya akan berakhir dengan keganasan,” jelasnya.

Dr Rundi berkata, ada beberapa kejadian membabitka­n anak-anak meminta sejumlah besar wang daripada ibu bapa mereka ( untuk membeli bahan terlarang itu) dan ibu bapa pula memberinya tanpa banyak soal.

Justeru, beliau menggesa agar langkah pencegahan diambil serta-merta dan PIBG perlu memainkan peranan untuk mencegah masalah tersebut yang boleh memus- nahkan minda anak- anak muda yang sepatutnya perlu memimpin negara pada masa akan datang.

Berucap pada majlis sama, Guru Besar SK Bukit Mawang Mengan Balie berkata, sebanyak 32 acara disertai 32 murid dipertandi­ngkan pada kejohanan itu yang berlangsun­g pada 1 dan 2 November.

Beliau berterima kasih kepada Dr Rundi atas sokongan yang berterusan terhadap program pembanguna­n pendidikan terutama untuk pelajar di kawasan luar bandar.

SK Bukit Mawang Sebauh mempunyai 41 murid termasuk sembilan kanak-kanak prasekolah.

Pada majlis itu, Dr Rundi mengumumka­n geran RM30,000 untuk dana PIBG sekolah tersebut.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Sebauh Tero Bayel dan Yang Dipertua PIBG SK Bukit Mawang Entiri Anding.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Dr Rundi (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Mengan sambil disaksi Entiri (kanan) serta yang lain.
PENGHARGAA­N: Dr Rundi (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Mengan sambil disaksi Entiri (kanan) serta yang lain.
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia