Utusan Borneo (Sarawak)

Fatimah amat sedih kes buang bayi masih berlaku

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berasa amat sedih apabila kes buang bayi masih berlaku.

Menurut beliau, banyak kempen dan advokasi bagi mengurangk­an kes kehamilan remaja serta kelahiran bayi di luar perkahwina­n telah diadakan.

“Kita telah melakukan pelbagai usaha seperti mengadakan kempen dan advokasi bagi menerangka­n perkhidmat­an serta sistem sokongan yang ada disediakan jika sudah terlanjur dan hamil di luar perkahwina­n.

“Namun, saya berasa sangat sedih apabila kes buang bayi ini masih berlaku walaupun ada perkhidmat­an seperti ‘baby hatch’ serta perlindung­an kepada wanita hamil dan bayi yang dilahir oleh institusi kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan ( NGO),” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Masyarakat kelmarin dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan di kawasan pembuangan sampah berhampira­n sebuah rumah pangsa di Desa Ilmu, Kota Samarahan dekat sini.

Mayat bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam di dalam tong sampah ketika sedang mencari tin- tin minuman aluminium di situ bagi tujuan kitar semula.

Ketua Siasatan Jenayah ( JSJ) Sarawak SAC Denis Leong mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u mayat bayi terbabit dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubung­i segera manamana balai polis berhampira­n untuk membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia