Utusan Borneo (Sarawak)

Derma kepada komuniti cacat penglihata­n diguna untuk literasi ICT dan komputer

-

KUCHING: Sumbangan serta derma orang awam kepada komuniti cacat penglihata­n digunakan sebaiknya untuk pendidikan literasi ICT dan komputer sebagai persediaan merebut peluang pekerjaan yang disediakan untuk golongan tersebut.

Presiden Majlis Kebangsaan untuk Cacat Penglihata­n Malaysia Datuk Dr Hsiung Kwo Yeun bagaimanap­un berkata, pihakya masih memerlukan tambahan dana bagi kursus dan latihan untuk golongan terbabit.

“Sekarang ini, kita sedang melihat bagaimana untuk menjaga kebajikan komuniti cacat penglihata­n menerusi sumbangan yang diberikan oleh komuniti, terutama ketika mengalami kecelakaan jalan raya, pengebumia­n dan banyak lagi,” ujarnya ketika ditemui pada Karnival Sukan Dwitahunan Ke- 7 Pertubuhan Cacat Penglihata­n Sarawak (SSB) 2018 di sini semalam.

Bercakap mengenai pertanding­an itu, Hsiung berkata karnival tersebut bukan sahaja bagi menghimpun­kan para ahli cacat penglihata­n SSB, tetapi juga semua organisasi cacat penglihata­n dari seluruh negeri.

Pihaknya berjaya menarik 63 peserta dari seluruh negeri untuk mengikuti sukan dan permainan seperti ‘goalball,’ tenpin boling, pingpong, dart, catur, dam, tarik tali, sukaneka, karom, ‘chick box’ dan ‘fine cane work.’

Menurut Hsiung lagi, karnival itu turut memberi peluang kepada komuniti cacat penglihata­n untuk berjumpa dan mengenali satu sama lain.

Mereka juga boleh berkongsi pengalaman dan membina rangkaian kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai telefon pintar, katanya.

“Kita mengajar mereka dengan ICT dan komputer, dan dari sini mereka berupaya mendapat peluang untuk mengembang­kan pengetahua­n yang telah dipelajari,” tambahnya.

Karnival tersebut bermula semalam dan berakhir pada 4 November ini.

Hadir sama Pengerusi SSB Bahagian Kuching Ying Ten Ping dan Pengerusi Sukan dan Rekreasi SSB Sarawak Siau Ging Lock.

 ??  ?? SEMANGAT KESUKANAN: Para peserta sedang bersaing dalam acara pingpong.
SEMANGAT KESUKANAN: Para peserta sedang bersaing dalam acara pingpong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia