Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan untuk larian amal MYAC dilanjut hingga 6 November

-

MIRI: Tarikh tutup untuk menghantar penyertaan bagi larian amal anjuran Pusat Aktiviti Belia Miri (MYAC) dilanjutka­n sehingga Selasa depan, 6 November.

Jurucakap penganjur dalam kenyataann­ya kelmarin memberitah­u, ini bagi menggalakk­an penyertaan daripada masyarakat sekitar bandar raya Miri.

“Tarikh tutup penyertaan yang sepatutnya pada Rabu lalu (31 Oktober) dilanjutka­n sehingga 6 November bagi menarik lebih ramai penyertaan orang awam dan berharap kita dapat mengumpul dana untuk disalurkan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Morsjaya dan Pertubuhan Diabetes Malaysia Cawangan Miri (Diabetes Miri).

“MYAC akan mendermaka­n RM5 daripada setiap yuran penyertaan kepada kedua-dua organisasi kebajikan terbabit,” jelasnya.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua dan yuran dikenakan adalah RM50 seorang.

Selain mempromosi­kan gaya hidup sihat kalangan penduduk Miri dan mengumpul dana membantu PDK Morsjaya dan Diabetes Miri, larian amal itu turut untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat setempat mengenai penyakit diabetes dan fungsi PDK Morsjaya.

Larian yang juga sempena sambutan ke-25 MYAC itu akan berlangsun­g di Marina Square Marina Parkcity pada 9 Disember depan.

Hadiah utama cabutan bertuah Huawei Nova 3i menanti pemenang bertuah, dan pelbagai hadiah cabutan bertuah lain turut disediakan.

MYAC juga menyediaka­n ruangan mendaftar di Tingkat 1, Bintang Megamall New Wing pada hari Ahad ini bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut berhubung pendaftara­n terbabit, boleh menghubung­i Yee di talian 014-668 0302, Chai (019-893 2388) atau Chin (016-874 7832).

Orang awam turut boleh mengunjung­i laman Facebook MYAC 1993.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia