Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai projek infrastruk­tur sedang giat dijalankan terutama jalan raya di kawasan luar bandar

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Kerajaan Sarawak tidak bercakap kosong apabila melibatkan soal pembanguna­n di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, buktinya ialah pelbagai projek infrastruk­tur sedang giat dijalankan terutama jalan raya di kawasan luar bandar.

“Kita dapat lihat sekitar 600 penduduk di Sungai Lengan ini bakal mempunyai akses jalan raya tidak lama lagi,” ujarnya ketika lawatan kerja ke tapak pembinaan jalan raya di Sungai Lengan baru-baru ini.

Antara rumah panjang yang bakal mendapat manfaat daripada projek tersebut ialah Rumah Seli, Rumah Juel, Rumah Igat, Rumah Bungkok, Rumah Jimmy dan Rumah Jingga yang merangkumi lebih 100 pintu.

Projek bernilai RM480,000

Kita dapat lihat sekitar 600 penduduk di Sungai Lengan ini bakal mempunyai lagi. ” akses jalan raya tidak lama

di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) itu terdiri daripada jalan raya sepanjang dua kilometer yang berada dalam pembinaan fasa pertama.

Pada fasa seterusnya, sebuah jambatan akan dibina bagi membolehka­n penduduk mendapat akses ke jalan utama Sibu-Tanjung Manis.

Bagaimanap­un, Safiee memberitah­u terdapat sedikit kelewatan dalam kerja-kerja pembinaan fasa pertama yang seharusnya siap pada Oktober.

“Sebab kita masih menan- tikan proses penilaian akhir pelaksanaa­nnya daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu,” jelasnya.

Selain jalan raya, antara projek lain di Sungai Lengan ialah pembinaan dewan masyarakat, gelanggang futsal Sekolah Kebangsaan ( SK) Lengan, jambatan dan beberapa projek lain.

Justeru, beliau mengharapk­an kerjasama daripada pemimpin serta ketua-ketua masyarakat di kawasan terbabit bagi membolehka­n rancangan pembanguna­n dapat berjalan lancar.

Safiee Ahmad ADUN Daro

 ??  ?? PERIKSA: Safiee (depan, tiga kiri) ketika meninjau projek jalan di Sungai Lengan baru-baru ini.
PERIKSA: Safiee (depan, tiga kiri) ketika meninjau projek jalan di Sungai Lengan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia