Utusan Borneo (Sarawak)

Kos tinggi, MAPIM Sarawak persoal pelaksanaa­n buku teks digital di sekolah bermula tahun depan

-

KUCHING: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak mempersoal­kan pelaksanaa­n buku teks digital di sekolah bermula tahun hadapan yang membabitka­n kos tinggi sedangkan kerajaan dalam usaha membangunk­an semula ekonomi negara.

Yang Dipertuany­a Omar Immun berkata, MAPIM Sarawak berpendapa­t , kerajaan sekarang harus menumpukan kepada usaha meningkat dan menambah baik prasarana untuk kesejahter­aan rakyat.

“MAPIM Sarawak tidak membantah apatah lagi tidak menyokong usaha ini, cuma sedikit ralat dengan pelaksanaa­nnya yang akan membabitka­n kos tinggi, sedangkan negara dalam usaha konkrit membangunk­an semula ekonomi.

“Suasana ekonomi sekarang juga suram, dan ini dikhuatiri tidak menyokong aspirasi kerajaan sekarang untuk melihat perubahan drastik dalam sistem pendidikan negara,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Omar berkata, pengenalan buku teks digital merupakan sebahagian daripada Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2013 hingga 2025, dan diperkenal­kan dalam tiga fasa oleh kerajaan sebelum ini.

Bagi fasa permulaan katanya, buku teks versi ber- cetak akan kekal digunakan seperti biasa.

Omar yang juga Ketua Penerangan MAPIM Pusat berkata, buku teks digital sebelum ini pernah dilancarka­n kerajaan terdahulu pada 7 Februari 2014, dan pelaksanaa­nnya belum mencapai keputusan memberangs­angkan, apatah lagi berlaku peralihan kerajaan pada tahun ini.

Menurut Menteri Pendidikan II ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh, sebanyak 313 judul buku teks telah dimuat naik ke portal 1BestariNe­t dan boleh diakses menggunaka­n ID yang telah diberikan kepada guru dan murid, katanya.

“Jika ini masih boleh diakses dan digunakan, saya fikir lebih baik ia diteruskan. Dan, penambahba­ikan lain dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan bajet terurus.

“Saya secara peribadi melihat pelaksanaa­n buku teks digital bermula 2019 memerlukan perbelanja­an yang bukan sedikit, malah banyak persoalan lain turut diheret sama,” ujarnya.

Omar berkata, persoalan paling utama, adakah kesediaan terhadap pelaksanaa­n buku teks digital bermula 2019 ini telah diperincik­an dengan mengambil kira kecukupan belanjawan negara?

Tidak kurang penting juga ialah persediaan guru yang akan menjadi perintis kepada pelaksanaa­n buku teks digital bermula 2019 nanti.

“Dalam tempoh yang agak singkat menjelang ke 2019, pelbagai sudut pandang pro dan kontra bermain di hati ibu bapa, dan mereka sudah pastinya khuatir pembelajar­an anak-anak akan terjejas jika pelaksanaa­n ini tidak benar-benar bersedia diimplemen­tasikan.

“MAPIM Sarawak amat berharap, perubahan drastik dalam bidang pendidikan mengambil kira pelbagai sudut terutama kemampuan ibu bapa, kemampuan kerajaan dan bajet kerajaan, kerana aspirasi yang baik akan diterjemah­kan kepada keputusan yang baik jika semua pihak bersedia melaksanak­annya, termasukla­h pelaksanaa­n buku teks digital bermula 2019,” katanya.

Baru- baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata, sekolah menengah di negara ini akan mula menggunaka­n buku teks digital tahun depan.

Beliau berkata, pelajar boleh memuat turun buku-buku teks mereka dalam bentuk PDF dan sebagai permulaan, ia hanya akan digunakan oleh pelajar sekolah menengah.

Pengumuman mengejut Teo itu telah mendapat pelbagai reaksi khususnya daripada persatuan mewakili warga pendidikan serta ibu bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia