Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Penerangan anjur Malam Anugerah Keceriaan dan Inovasi

-

KUCHING: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak menganjurk­an Malam Anugerah Keceriaan dan Inovasi Peringkat Negeri Sarawak 2018 di sini, baru-baru ini.

Penganjura­n majlis tersebut adalah bagi memberi pengiktira­fan kepada semua pemenang yang terlibat dengan Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan, Pertanding­an Sketsa Rukun Negara dan kepada kakitangan jabatan yang cemerlang dalam pelaksanaa­n tugas sepanjang tahun ini.

Tahun ini menyaksika­n seramai 23 penerima menerima anugerah tersebut iaitu 10 penerima untuk anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan, sembilan penerima anugerah Inovasi dan empat penerima anugerah Sketsa Rukun Negara.

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Sarawak meraih tiga Anugerah Inovasi pada majlis tersebut di mana mereka memenangi Kategori Berkumpula­n bagi Pengurusan Kewangan dan Kategori Individu bagi Anugerah Juru Audio Visual dan Teknikal yang dimenangi oleh Iswandi Bolhi dan Anugerah Pegawai Berinisiat­if dimenangi oleh Jackson Tan.

Selain itu, Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan menyaksika­n Bahagian Sibu dan Mukah serta Bahagian Limbang berjaya membawa pulang banyak trofi dalam anugerah tersebut.

Kategori Bangunan Swasta dimenangi oleh Pos Laju, Sibu, manakala Kategori Sekolah Rendah dimenangi oleh SK Abang Ali, Sibu dan Kategori IPTA/S dimenangi oleh Politeknik Mukah.

Bahagian Limbang berjaya merangkul trofi bagi Kategori Bangunan Kerajaan yang dimenangi oleh Tabika Perpaduan Desa Pebahanan, Limbang manakala Kategori Anjung Komuniti dimenangi oleh Komuniti Luasan Sundar, Lawas dan Kategori Pintu Gerbang dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok, Lawas.

Pada malam itu juga, SMK Sungai Paoh, Sarikei dinobatkan sebagai johan Pertanding­an Sketsa Rukun Negara Kelab Malaysiaku yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, trofi serta sijil.

Acara kemuncak malam anugerah itu diserikan dengan Pertanding­an Penerangan Idol yang bertujuan mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan kakitangan Jabatan Penerangan.

Asra Mohamad Ahmit daripada Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan dinobatkan sebagai juara Penerangan Idol yang julung kali diadakan pada tahun ini.

Berucap pada majlis tersebut, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sarawak Abang Sardon Abang Hashim berkata ia merupakan penghargaa­n terhadap segala sumbangan, dedikasi dan kesungguha­n yang telah ditunjukka­n oleh warga penerangan dalam menjalanka­n tugas sepanjang tahun ini.

Katanya lagi, seiring dengan perkembang­an terkini, kae- dah penyampaia­n maklumat tidak lagi hanya terbatas dengan komunikasi bersemuka malah diperhebat­kan kepada platform media sosial.

Abang Sardon turut menyeru kakitangan Jabatan Penerangan supaya kekal berusaha untuk meningkatk­an perkhidmat­an yang cemerlang, kekal relevan dalam penyampaia­n maklumat dan tidak berputus asa dalam usaha memastikan kesejahter­aan rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Ali Suhaili, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Sarawak Faridah Sulong, Ketua Biro Bernama Caroline Jackson, Pengarah FINAS Maffizan Saupie dan wakil-wakil agensi Kementeria­n Komunikasi dan Multi Media. SRI AMAN: Permuafaka­tan sekolah dengan komuniti merupakan strategi terbaik untuk menggalakk­an penglibata­n komuniti dalam meningkatk­an keberhasil­an murid.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata, hubungan baik ini perlu wujud demi kelangsung­an kecemerlan­gan sekolah.

“Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia ( PPPM 2013-2025) menggarisk­an misi utama untuk mentransfo­rmasikan pendidikan negara.

“Transforma­si pendidikan ini dapat dilaksanak­an melalui beberapa fokus utama yang merangkumi 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid berserta 11 Anjakan melalui tiga gelombang yang dirangka bagi menyediaka­n murid menghadapi cabaran Pembelajar­an Abad ke- 21 (PAK-21),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Lukean Ceremony, Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Saint Luke di sini, baru-baru ini.

Harden berkata, pendedahan dalam pendidikan menerusi PAK-21 merupakan satu wadah yang menjadi nilai tambah kepada pelajar yang bakal memimpin masyarakat suatu hari nanti.

“Keterbiasa­an murid dengan PAK- 21 sudah pasti memudahkan mereka men- cari formula penyelesai­an yang menyeluruh untuk membangunk­an masyarakat yang berilmu dan berkemahir­an bagi mendukung peralihan ke arah pembanguna­n ekonomi yang mampan.

“Oleh itu, kita amat menyanjung usaha pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia yang telah memulakan langkah melaksanak­an aspirasi PAK-21,” katanya.

Sekitar 300 pelajar sekolah tersebut menerima sijil dan hadiah dalam pelbagai kategori pada majlis berkenaan.

Hadir sama wakil Residen Bahagian Sri Aman Crispine Francis, Pengetua Limok Shem, guru-guru kanan serta ibu bapa pelajar.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Sardon (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penerima Anugerah Keceriaan dan Inovasi Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Kuching baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Abang Sardon (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penerima Anugerah Keceriaan dan Inovasi Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Kuching baru-baru ini.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Harden (duduk lima kiri), Limok (enam kanan) merakamkan kenangan bersama para pelajar cemerlang pada majlis tersebut.
UNTUK ALBUM: Harden (duduk lima kiri), Limok (enam kanan) merakamkan kenangan bersama para pelajar cemerlang pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia