Utusan Borneo (Sarawak)

Dianggarka­n 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan dengan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dengan penambahba­ikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentang­kan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam, berkata di bawah program itu, isi rumah berpendapa­tan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 dan isi rumah berpendapa­tan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750.

BSH sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada isi rumah berpendapa­tan dari RM3,001 hingga RM4,000, katanya.

Sebagai penambahba­ikan, beliau berkata kerajaan juga akan memperkena­lkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.

“Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapa­tan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat anak, maka jumlah BSH yang akan diterima sebanyak RM1,480. Ini lebih banyak daripada jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada sebanyak RM1,200,” katanya.

Beliau berkata melalui pemberian BSH itu dianggarka­n 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan tersebut dengan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion.

Pemberian BSH merupakan salah satu daripada lapan langkah yang akan dilaksana kerajaan dalam usaha menjamin kebajikan dan kualiti hidup rakyat.

Di bawah Belanjawan 2019 yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’, Lim berkata RM45 juta juga akan diperuntuk­kan untuk program i-SURI, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah.

Melalui skim tersebut, kerajaan akan menyediaka­n geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

Beliau berkata kerajaan juga akan bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial dalam menyokong usaha mereka membantu komuniti kurang bernasib baik dan terpinggir.

“Contohnya seperti projek perolehan sampul surat kerajaan oleh Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya. Untuk itu, kerajaan akan memperuntu­kkan RM10 juta untuk inisiatif ini,” katanya.

Sebagai tambahan, potongan cukai pendapatan juga akan diberi ke atas sumbangan mana- mana pihak kepada suatu perusahaan sosial dengan had potongan sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat syarikat dan tujuh peratus daripada agregat individu yang memberikan sumbangan, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Suri rumah Aulia Abidin, 41, (kanan) yang juga penduduk Taman Paroi Jaya bersama anak serta anak jirannya tidak melepaskan peluang mengikuti Siaran Langsung Pembentang­an Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guang Eng di Parlimen dekat Seremban, semalam.
— Gambar Bernama FOKUS: Suri rumah Aulia Abidin, 41, (kanan) yang juga penduduk Taman Paroi Jaya bersama anak serta anak jirannya tidak melepaskan peluang mengikuti Siaran Langsung Pembentang­an Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guang Eng di Parlimen dekat Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia