Utusan Borneo (Sarawak)

Orang awam beri respons positif terhadap Belanjawan 2019

-

KUCHING: Belanjawan 2019 yangdibent­angkanoleh­Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam mendapat respons positif daripada orang awam.

Rata- rata mereka yang ditemui Utusan Borneo menyifatka­n Belanjawan 2019 itu sebagai komprehens­if dan memberikan banyak insentif kepada rakyat terutama golongan sasar.

Seorang penolong pegawai tadbir, Angelina Bidol, 34, berkata, pemberian subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendiri­an dengan kapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau pemilik motorsikal 125cc dan ke bawah adalah satu langkah bijak kerajaan untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Melalui mekanisme ini, pemilik kenderaan atau motorsikal tersebut dapat menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal yang disediakan oleh kerajaan mulai suku kedua tahun hadapan,” katanya.

Usaha ini, katanya, jelas membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam membantu rakyat terutama yang berpendapa­tan rendah.

Bercakap mengenai subsidi bil elekrik isi rumah daripada RM20 kepada RM40 dan ke bawah pula katanya, dia menyambut baik langkah kerajaan lebih-lebih lagi dalam membantu menguranga­kan beban golongan miskin.

Sementara itu, seorang kakitangan badan berkanun, Saiful Rahman Jedal @Zaidel Ali, 37, berpendapa­t belanjawan itu adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengelak ketirisan kewangan.

Contohnya, kata beliau, Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan diteruskan dan ditambah baik kepada B40 yang lebih bersasar dan bergantung kepada saiz rumah amat dialu-alukan.

“Malah, dengan memperkena­lkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat orang kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka, saya rasa ia mencapai matlamat kerajaan untuk mensejahte­rakan rakyatnya.

“Secara peribadi, bagi saya bantuan seperti ini lebih baik daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kerana ia sememangny­a memfokuska­n kepada mereka yang benarbenar memerlukan. Bukan seperti BR1M yang mana tidak semua golongan berpendapa­tan rendah dapat menikmatin­ya,” katanya.

 ??  ?? SAIFUL RAHMAN
SAIFUL RAHMAN
 ??  ?? ANGELINA
ANGELINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia