Utusan Borneo (Sarawak)

Dana RM1 bilion untuk pembelian rumah pertama

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara akan menyediaka­n dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan berpendapa­tan bulanan tidak lebih RM2,300, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata dana tersebut akan disediakan bermula 1 Jan tahun depan untuk pembelian rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.

“Dana ini tersedia di Ambank, CIMB Bank, Maybank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional melalui kadar pembiayaan terkurang serendah 3.5 peratus.

“Ini akan mengurangk­an jumlah bayaran ansuran bulanan pembiayaan oleh peminjam untuk memiliki rumah dan seterusnya lebih mudah mendapat pembiayaan,” katanya ketika membentang­kan Belanjawan 2019 yang ber- temakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’, di Dewan Rakyat semalam.

Lim berkata dana itu disediakan untuk tempoh dua tahun atau sehingga peruntukan habis.

Bagi pembeli rumah pertama yang bernilai sehingga RM500,000 pula, Lim berkata kerajaan akan memberi- kan pengecuali­an duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.

Pengecuali­an duti setem itu dilaksanak­an bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2020, katanya.

Sementara itu, bagi membantu pembeli rumah pertama yang berpendapa­tan isi rumah sehingga RM5,000, kerajaan memperuntu­kkan RM25 juta kepada Cagamas Berhad untuk menyediaka­n jaminan pajak gadai bagi membolehka­n peminjam mendapat pembiayaan lebih tinggi termasuk bayaran deposit.

“Langkah ini dijangka memberi penjimatan kos antara tujuh hingga 11 peratus kepada pembeli rumah selain daripada apa-apa potongan diskaun yang ditawarkan oleh pemaju,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR: Sebahagian kakitangan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendengar perbentang­an Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di KPKT, dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama DENGAR: Sebahagian kakitangan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendengar perbentang­an Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di KPKT, dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia