Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa 30,000 pegawai lantikan kontrak dapat kemudahan perubatan

-

KUALA LUMPUR: Kemudahan perubatan kepada 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmat­an awam dilanjutka­n kepada ibu bapa mereka bagi memastikan golongan itu menikmati kemudahan sama seperti penjawat awam tetap, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata untuk tujuan tersebut, kerajaan memperuntu­kkan RM10 juta setahun sebagai mengiktira­f peranan serta sumbangan mereka.

“Selain itu, kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangk­an kepada pegawai lantikan kontrak yang ana- knya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 Nov ini,” katanya ketika membentang­kan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam.

Semasa membentang­kan belanjawan bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’, Lim berkata kerajaan juga meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod selama tujuh hari kepada pegawai beragama Islam yang ingin menunaikan ibadah umrah sepanjang tempoh perkhidmat­an.

Bagi 201,600 penjawat awam yang bukan beragama Islam pula, Lim berkata kemudahan cuti tanpa rekod dipanjangk­an untuk tujuan keagamaan golongan tersebut.

Dalam pada itu, Lim berkata terdapat sembilan fokus yang dicadangka­n kerajaan menerusi Belanjawan 2019 sebagai usaha meningkatk­an peluang pekerjaan dan kebolehpas­aran tenaga kerja selain mengatasi isu penganggur­an terutama dalam kalangan belia.

Justeru, katanya kerajaan akan melaksanak­an dua program di bawah dana Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) iaitu Perantisan dan Program Peningkata­n Kebolehpas­aran Graduan (Generate) untuk dimanfaatk­an 4,000 belia lepasan sekolah serta graduan melibatkan peruntukan RM20 juta.

Menurutnya, bagi menggalakk­an peluang pekerjaan golongan berusia 60 tahun dan ke atas, caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi majikan akan dikurangka­n daripada 6 peratus kepada 4 peratus bermula 1 Jan depan.

“Golongan tersebut ( 60 tahun dan ke atas) tidak perlu mencarum dan oleh yang demikian, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat. Potongan cukai tambahan akan diberi kepada majikan ke aats perbelanja­an penggajian golongan itu dengan had saraan sebanyak RM4,000 sebulan,” katanya.

Berhubung kebajikan pesara kerajaan, Lim berkata kerajaan akan memberi bantuan RM500 secara ‘oneoff’ atau sekali sahaja kepada mereka yang layak, manakala kenaikan gaji minimum RM1,100 akan dilaksanak­an di seluruh negara bermula 1 Jan 2019.

Sementara itu, katanya potongan cukai tambahan akan diberi kepada syarikat yang menggaji bekas banduan dengan had jumlah saraan sebanyak RM4,000 sebulan.

Katanya, langkah tersebut yang diterima daripada portal Belanjawan 2019 itu diambil kira dalam memastikan bekas banduan tidak ketinggala­n dalam arus perdana serta dapat menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi.

Lim juga berkata bagi memperkasa­kan pasaran buruh, undang-undang buruh akan dikaji semula selain menubuhkan Mahkamah Rayuan Perusahaan yang bertujuan mempercepa­tkan penyelesai­an pertikaian antara majikan dan pekerja.

Katanya bagi mengurangk­an jurang pendapatan, kerajaan akan melaksanak­an peraturan kepada syarikat tersenarai agar mereka memaparkan maklumat di dalam laporan tahunan mengenai nisbah gaji tertinggi, gaji median serta nisbah bayaran gaji tertinggi dan terendah.

“Selain itu, syarikat juga hendaklah menyatakan rancangan penambahba­ikan mengenai kaedah purata gaji pekerja,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia