Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan dibuat melalui penilaian matlamat peruntukan, bukan berdasarka­n perbelanja­an tahun lalu

-

KUALA LUMPUR: Dengan tekad mewujudkan Malaysia yang bersih, kerajaan Pakatan Harapan berhatihat­i menstruktu­r semula Belanjawan Negara bagi 2019 berasaskan sifar belanjawan iaitu perbelanja­an dirancang dari sifar untuk mengelak perbelanja­an tidak terkawal hingga mengakibat­kan hutang negara yang besar.

Semasa membentang­kan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pendekatan sifar belanjawan itu dibuat melalui penilaian matlamat peruntukan, dan bukannya berdasarka­n perbelanja­an tahun lalu dan semua perbelanja­an yang menurut budi bicara akan dirancang dari sifar.

Beliau berkata meskipun mewarisi kedudukan kewangan membimbang­kan dan berdepan cabaran fiskal, sektor kewangan negara masih sihat dan sektor monetori kekal stabil.

Kerajaan persekutua­n dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada tahun depan, katanya.

Bertemakan ‘ Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’, Belanjawan 2019 dengan peruntukan berjumlah RM314.5 bilion iaitu RM259.8 bilion bagi perbelanja­an mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanja­an pembanguna­n, menggarisk­an strategi- strategi

Sunguhpun terdapat perbezaan, rakyat Malaysia adalah istimewa kerana tanpa mengira kaum, agama atau pun latar belakang, kita masih bersedia untuk bekerjasam­a dan saling mempercaya­i satu sama lain. Lim Guan Eng Menteri Kewangan

utama bagi mengembali­kan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.

Lim berkata kerajaan juga akan membentang­kan Akta Perolehan Kerajaan untuk mengawal selia proses perolehan kerajaan pada tahun depan manakala Akta Kebertangg­ungjawaban Fiskal dibentangk­an pada 2021.

Menurutnya kerajaan juga bakal mewujudkan Pejabat Pengurusan Hutang untuk menguruska­n hutang dan liabiliti kerajaan termasuk memantau penerbitan hutang oleh kerajaan Persekutua­n, badan berkanun dan syarikat tujuan khas (SPV).

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil segala tindakan untuk mendapatka­n segala dana yang hilang atau dicuri daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pada 30 Okt lepas, kerajaan telah memohon kepada Mahkamah England untuk membatalka­n Perjanjian Penyelesai­an yang diper- setujui dengan pihak Internatio­nal Petroleum Investment Corporatio­n (IPIC) dan Aabar Investment PJS daripada Abu Dhabi.

“1MDB dan kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki AS$4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar dan sebaliknya akan menuntut pemulangan AS$1.46 bilion yang telah dibayar, atas alasan penipuan yang berlaku semasa perjanjian tersebut dimuktamad­kan,” kata Lim.

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), agensi utama bagi membantera­s gejala rasuah, turut diberi peruntukan perbelanja­an mengurus sebanyak RM286.8 juta dengan tambahan 100 kakitangan pada tahun depan dalam menangani rasuah dan pengubahan wang haram serta mendapatka­n balik harta rasuah.

Satu aspek menarik yang disebut Menteri Kewangan itu adalah pendekatan bahawa kerajaan tidak harus menceburi diri dalam perniagaan.

“Jelas sekali syarikat-syarikat milik kerajaan bersaing secara langsung dengan syarikat swasta dalam sektor tidak strategik. Ini mengakibat­kan fenomena menghimpit sektor swasta atau ‘crowding out’ di mana syarikat swasta tidak mampu berkembang dan bersaing dengan sihat,” kata beliau.

Demi kejayaan ekonomi keusahawan­an, katanya, pihak swasta mesti mengambil peranan yang lebih besar dalam menerajui pertumbuha­n ekonomi.

Kerajaan pula akan menumpukan perbelanja­an dan pelaburan dalam sektor strategik di mana pasaran terbuka dan pihak swasta tidak berminat atau tidak dapat memenuhi keperluan rakyat, kata Lim.

Beliau berkata kerajaan tetap meneruskan projekproj­ek infrastruk­tur yang mempunyai kesan pengganda ekonomi seperti projek LRT3 dan MRT2 tetapi setelah rundingan dijalankan untuk mengurangk­an kos keseluruha­n projek.

Lim menyasarka­n tempoh tiga tahun untuk memulihkan kedudukan fiskal negara tetapi hanya boleh dicapai ‘selagi kita bersih, berjiwa rakyat dan memberi tumpuan untuk melaksanak­an reformasi institusi’.

“Rasa cinta terhadap tanah air akan menyatukan kita dalam menghadapi cabaran masa muka.

“Sunguhpun terdapat perbezaan, rakyat Malaysia adalah istimewa kerana tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang, kita masih bersedia untuk bekerjasam­a dan saling mempercaya­i satu sama lain.

“Malaysia sudah bersih dan kita berbangga bahawa kini Malaysia bersih semula. Kepada mereka yang tersesat di hujung, baliklah ke pangkal jalan,” kata Lim semasa mengakhiri ucapannya selama dua jam 10 minit itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBENTANG­AN BELANJAWAN 2019: Lim Guan Eng membawa beg yang berisi teks ucapan pembentang­an Belanjawan 2019 semasa keluar dari Kementeria­n Kewangan untuk ke bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama PEMBENTANG­AN BELANJAWAN 2019: Lim Guan Eng membawa beg yang berisi teks ucapan pembentang­an Belanjawan 2019 semasa keluar dari Kementeria­n Kewangan untuk ke bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia