Utusan Borneo (Sarawak)

RM3.652b untuk bantuan pendidikan, selenggara bangunan sekolah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntu­kkan RM3.652 bilion untuk menyediaka­n pelbagai bantuan pendidikan, menaik taraf serta menyelengg­ara semua sekolah pada tahun 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM2.9 bilion adalah bantuan pendidikan untuk membantu golongon miskin melalui inisiatif seperti bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai, manakala RM652 juta adalah untuk inisiatif menaik taraf dan menyelengg­ara semua sekolah.

“Satu-satunya mekanisme yang terjamin dan mampan bagi mencapai pertumbuha­n pendapatan yang lebih tinggi adalah melalui pendidikan yang lebih berkualiti di semua peringkat,” katanya semasa membentang Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam.

Untuk tujuan penyelengg­araan sekolah, Sekolah Kebangsaan akan menerima peruntukan terbesar berjumlah RM250 juta.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT), Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Tahfiz masing- masing akan menerima peruntukan RM50 juta.

Lim berkata Sekolah Pondok yang berdaftar akan menerima RM25 juta manakala Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School dan Sekolah Menengah Persendiri­an Cina (SMPC) masing-masing akan menerima RM15 juta dan RM12 juta.

Jumlah peruntukan daripada RM3.652 bilion titu termasuk juga RM100 juta yang dipe- runtukkan untuk pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara manakala pembinaan sekolah tambahan akan dibiayai melalui kaedah pertukaran tanah secara tender terbuka, katanya.

Semua penyumbang kepada tabung penyelengg­araan sekolah kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam di bawah Kementeria­n Pendidikan akan layak menuntut potongan cukai ke atas sumbangan mereka dalam pengiraan cukai pendapatan bermula 1 Jan, 2019.

“Untuk sekolah dan IPT yang lain berdaftar dengan Kementeria­n Pendidikan boleh memohon untuk potongan cukai berdasarka­n kes demi kes,” katanya.

Kementeria­n Pendidikan adalah penerima peruntukan terbesar dengan jumlah RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruha­n perbelanja­an kerajaan tahun 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia