Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil cukai pelanconga­n akan dikongsi dengan kerajaan negeri

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanak­an perkongsia­n 50 peratus hasil kutipan bagi cukai pelanconga­n yang diterima dengan kerajaan negeri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ketika membentang­kan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam, Lim berkata langkah itu bertujuan membolehka­n kerajaan negeri menerima hasil tambahan yang secara agregat dianggarka­n berjumlah RM50 juta apabila aktiviti pelanconga­n dipergiat.

Menerusi belanjawan bertemakan ‘ Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’, Lim berkata kerajaan juga akan menyediaka­n geran sepadan berjumlah RM100 juta kepada syarikat swasta untuk program promosi dan pemasaran pelanconga­n antarabang­sa dalam usaha meningkatk­an angka ketibaan pelancong.

“Industri pelanconga­n menyumbang sebanyak 14.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM201.4 bilion pada 2017. Kerajaan akan menitikber­atkan sasaran Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya untuk membawa masuk 30 juta pelancong asing yang bakal menyumbang RM100 bilion kepada ekonomi negara pada 2020,” katanya.

Dalam memastikan pelanconga­n kesihatan negara mendapat pengiktira­fan negara luar, Lim berkata peruntukan sebanyak RM20 juta diberi kepada Majlis Pelanconga­n Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk jalinan kerjasama dengan hospital swasta terkemuka.

Katanya, ia bertujuan menjenamak­an Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n kesihatan terpilih dan meningkatk­an kadar pertumbuha­n sektor itu sebanyak 25 peratus tahun hadapan.

Bagi memperkasa­kan lagi sektor pelanconga­n negara, Lim berkata taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan diperkemba­ng manakala Pulau Pangkor akan dijadikan sebagai pulau bebas cukai.

“Kerajaan akan memberi kemudahan bebas cukai kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang bai menggalakk­an lagi sektor pelanconga­n kapal persiaran,” katanya.

Menerusi program pemulihara­an dan pembugaran bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara, Lim berkata Khazanah Nasional Bhd diberi tanggungja­wab menerajui projek itu dengan kerjasama Think City dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Selain itu, Lim berkata kerajaan akan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus untuk pinjaman Tabung Pelanconga­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) RM500 juta yang disediakan SME Bank.

Langkah itu akan membantu pengusaha kraftangan dan inap desa untuk meluaskan perniagaan, kata Lim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia