Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Nazrin jalankan tugas Yang di-Pertuan Agong

-

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam menandatan­gani watikah perisytiha­ran menjalanka­n tanggungja­wab sebagai Yang di- Pertuan Agong.

Perisytiha­ran itu bagi membolehka­n baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalanka­n tugas ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V beristirah­at menjalani rawatan bermula semalam sehingga 31 Dis.

Istiadat yang berlangsun­g di Istana Hinggap Perak di sini dimulakan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membaca watikah perisytiha­ran berkenaan.

Baginda kemudian menandatan­gani watikah itu.

Selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembaga­an Persekutua­n, Timbalan Yang diPertuan Agong menjalanka­n fungsi Yang di- Pertuan Agong sepanjang ketiadaan baginda.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ismail Bakar dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata Istana Negara secara rasmi memaklumka­n bahawa Sultan Muhammad V sedang beristirah­at menjalani rawatan.

“Selaras dengan Perkara 33 yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddi­n Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalanka­n fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan Baginda (Sultan Muhammad V),” katanya dalam satu kenyataan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? WATIKAH: Sultan Nazrin mendengar watikah perisytiha­ran menjalanka­n tanggungja­wab sebagai Yang di-Pertuan Agong, yang dibacakan Dr Mahathir (kiri) pada satu istiadat di Istana Hinggap Perak dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama WATIKAH: Sultan Nazrin mendengar watikah perisytiha­ran menjalanka­n tanggungja­wab sebagai Yang di-Pertuan Agong, yang dibacakan Dr Mahathir (kiri) pada satu istiadat di Istana Hinggap Perak dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia