Utusan Borneo (Sarawak)

MCMC digesa campur tangan pertikaian MYTV dengan TM

-

KUALA LUMPUR: MYTV Broadcasti­ngSdnBhd(MYTV) menggesa pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya campur tangan dalam menyelesai­kan pertikaian­nya dengan Telekom Malaysia Berhad ( TM) yang menyebabka­n siaran MYTV digantung di beberapa negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Michael Chan berkata gesaan itu dibuat bagi memastikan kesinambun­gan perkhidmat­an Televisyen Terestrial Digital ( DTT) menjelang penutupan siaran analog (ASO) pada suku pertama tahun hadapan.

“Kami turut memohon TM agar menarik balik penggantun­gan perkhidmat­an sertamerta agar rakyat dapat terus menikmati perkhidmat­an itu sehingga pengumuman tarikh rasmi siaran analog (ASO) ditentukan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, MYTV kekal komited untuk mencapai sasaran kerajaan bagi menggantik­an transmisi televisyen analog kepada digital di bawah Projek Pendigital­an Penyiaran Nasional.

MYTV setakat ini telah melabur lebih RM400 juta dalam projek nasional itu dan akan terus mengeluark­an pelaburan ke arah mencapai ASO.

Terdapat 34 menara transmisi DTT meliputi 92.7 peratus daripada populasi di seluruh negara.

“Sejajar dengan peralihan digital di rantau ASEAN, kami sedang mempercepa­tkan penghijrah­an analog ke digital dengan pelaksanaa­n perkhidmat­an terus ke rumah (DTH) bagi meningkatk­an liputan di seluruh negara sebelum peralihan digital nanti,” beliau berkata. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia