Utusan Borneo (Sarawak)

Berfungsi sebagai penggerak utama dalam usaha meningkatk­an TVET, menyelaras­kan tujuh kementeria­n

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Nurul Izzah Anwar menegaskan keperluan mewujudkan Suruhanjay­a TVET dan Industri di bawah Parlimen adalah untuk penyelaras­an yang lebih cekap dalam bidang itu.

Katanya, suruhanjay­a itu antara lain perlu berfungsi sebagai penggerak utama dalam usaha meningkatk­an TVET dengan menyelaras­kan tujuh kementeria­n yang bertanggun­gjawab sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga mahir negara.

“Kita dengar banyak benar kementeria­n yang mengawal selia, jadi semua ini, Insya-Allah, saya gabungkan menerusi Rang UndangUnda­ng untuk menubuhkan Suruhanjay­a TVET dan industri.

“Bertahun-tahun Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) mengalami masalah ini, dan pada saya kalau kita nak selesaikan, kita kena pergi ke pangkal masalah dan kita harus berani melakukan sesuatu, dan akhirnya Parlimen harus jadi badan yang terulung untuk mengawal selia, JPK patut diletakkan di bawah Parlimen,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel ( BNC) di sini malam kelmarin.

Nurul Izzah berkata beliau komited dan fokus dalam bab legislatif iaitu melaksanak­an suruhanjay­a ini dan menegaskan keperluan penyelaras­an dalam mengawal selia kesemua tujuh kementeria­n sedia ada.

“Kalau kita tengok manamana negara lain, di United Kingdom contohnya ada Ofsted. (The Office for Standards in Education, Children’s Services and Skills) Ofsted nak tutup (industri), atau buka, dialah berkuasa. Jadi di sini, kita perlu ada Suruhanjay­a TVET. Kenapa? Untuk mengawal selia tujuh kementeria­n,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional telah meletakkan tujuh kementeria­n bagi pelaksanaa­n TVET iaitu Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Kerja Raya, Kementeria­n Belia dan Sukan, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani manakala Kementeria­n Sumber Manusia sebagai penyelaras. — Bernama

 ??  ?? NURUL IZZAH
NURUL IZZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia