Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA saran PIBG bantu perkasa aktiviti koperasi di sekolah

-

SHAH ALAM: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyaranka­n supaya Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) membantu memperkasa gerakan koperasi di sekolah masing-masing.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata komitmen itu sangat dituntut bagi membantu memberi perolehan besar kepada koperasi sekolah.

“Sekarang yang sokong sepenuhnya koperasi sekolah ini adalah komuniti sekolah terutama dalam kalangan guru, jadi ibu bapa boleh menyokong seperti membeli sebarang keperluan untuk ke- gunaan sekolah di koperasi.

“Kita nak majukan koperasi dan bila ada untung koperasi boleh menjadi penaja utama untuk membiayai program kecemerlan­gan dan aktiviti di peringkat sekolah, secara tidak langsung boleh bantu kurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampu­an,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi D’7 2018 di Sekolah Menengah Seksyen 7 di sini, semalam.

Selain itu, Abdul Fattah berkata, pihak PIBG juga boleh membantu dengan meningkatk­an pegangan syer pelajar dalam saham koperasi sekolah.

“Kita nak galakkan anakanak melabur dalam koperasi sekolah untuk simpanan, kita kena ajar anak- anak kita menyimpan dalam bentuk pelaburan menerusi saham. Saham koperasi minima kirakira RM10 setiap seorang, jadi PIBG kena beri dukungan menerusi meningkatk­an pegangan syer anak masingmasi­ng,” katanya.

Menurut beliau, untuk tahun ini, sebanyak 22 koperasi sekolah yang berdaftar di bawah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) berjaya mencapai perolehan RM1 juta berbanding sasaran 50 koperasi sekolah menjelang 2020.

Jelas Abdul Fattah, sokongan oleh pihak PIBG ini juga secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan yang mahu menggunaka­n platform koperasi untuk menyelesai­kan masalah kenaikan kos sara hidup.

“Dengan koperasi ia lebih baik dan ada pelan pemasaran yang lebih berstruktu­r iaitu daripada pembekal, pengilang kepada pengguna terakhir atau koperasi…tiga atau dua lapis sahaja. Dalam keadaan biasa banyak lapis, itu yang jadikan harga barangan mahal,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hadir ke Parlimen bagi Pembentang­an Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2019 di Dewan Rakyat Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hadir ke Parlimen bagi Pembentang­an Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2019 di Dewan Rakyat Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia