Utusan Borneo (Sarawak)

Penuntut perubatan disaran tingkat kemahiran berkomunik­asi

-

KUALA LUMPUR: Pendekatan baharu yang diambil selepas pemansuhan peperiksaa­n bagi murid Tahap 1 tidak akan menambah beban guru, sebaliknya akan membolehka­n mereka fokus kepada tugas mendidik dan menyemai nilai-nilai murni pada murid, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata isu bebanan guru tidak akan timbul kerana mereka hanya perlu melakukan pemantauan bert- erusan, yang hasilnya akan dikongsika­n dengan ibu bapa murid.

“Daripada awal, pertengaha­n hingga hujung tahun sudah tentu setiap murid amat dikenali guru kelasnya, dan mereka akan melihat kelemahan serta kelebihan anak murid itu.

“Kelebihan perlu diceritaka­n kepada ibu bapa supaya diberi tambahan galakan. Jika ada kekurangan, guru dan ibu bapa perlu berbincang bagaimana hendak mengatasi kelemahan itu,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik dalam laman Facebook semalam.

Pada Rabu, Maszlee dalam catatan di laman Twitter berkata: “Peperiksaa­n bagi murid Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhka­n dan akan digantikan dengan pentaksira­n yang lebih objektif bermula 2019.”

Maszlee berkata kementeria­n akan membuat pengu- muman rasmi dan memberi panduan berhubung pelaksanaa­n sistem itu dalam masa terdekat.

Dalam rakaman video berdurasi 5.45 minit itu, beliau berkata apa yang lebih penting ialah memastikan murid-murid dalam lingkungan umur tujuh hingga sembilan tahun diterapkan dengan pelbagai kemahiran, termasuk melatih kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan manusiawi). — Bernama SUNGAI BULOH: Penuntut perubatan di negara ini disaran meningkatk­an kemahiran berkomunik­asi sebagai persediaan mereka melangkah ke alam kerjaya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, langkah itu perlu supaya tidak timbul sebarang komplikasi salah faham ketika berkomunik­asi dengan pesakit.

“Kita mahu penuntut perubatan belajar bagaimana mengamalka­n cara komunikasi yang berkesan dengan pesakit… bagi saya komunikasi yang berkesan ialah bagaimana doktor atau pegawai perubatan mendengar apa yang pesakit mahukan sekali gus dari situ dapat menyelesai­kan masalah pesakit.

“Kalau nak belajar mengenai perubatan kita boleh belajar daripada pelbagai sumber termasuk dari buku tetapi cara untuk berkomunik­asi dengan betul kadang-kala agak sukar dan perkara ini penting untuk menunjukka­n bagaimana kita menjaga dan melayan seseorang pesakit itu,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Hypnodonti­c Clinic’ di Fakulti Perubatan Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, semalam.

Beliau berkata penyaluran maklumat kepada pesakit berkaitan penyakit yang dihadapi mereka terutamany­a membabitka­n penyakit serius turut memerlukan kemahiran berkomunik­asi yang tinggi.

Menurut Azman, ia membolehka­n pesakit dapat memahami dan tidak tersinggun­g dengan maklumat yang ingin disampaika­n doktor atau pegawai perubatan berkenaan.

“Kita mahu pesakit tidak tersinggun­g dengan maklumat yang ingin disam- paikan… apapun biarlah penggunaan ayat itu lebih mudah difahami,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai ‘Hypnodonti­c Clinic’, beliau berkata klinik tersebut merupakan yang pertama seumpamany­a di rantau Asia yang diwujudkan sebagai satu usaha menangani perasaan takut orang ramai terhadap rawatan pergigian.

Dr Azman berkata menerusi kewujudan klinik itu, setiap pesakit akan diberi kaunseling terlebih dahulu sebelum mereka meneruskan proses rawatan.

“Ada pesakit yang takut dengan rawatan pergigian, sebab itu wujudnya klinik ini yang mana doktor terlatih akan bantu pesakit seperti ini bagi mengurangk­an rasa takut mahupun perasaan fobia (terhadap rawatan gigi) supaya mereka dapat melakukan rawatan pergigian dengan sempurna,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia