Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan ICERD hapus Perkara 153 Perlembaga­an satu pembohonga­n

-

KUALA LUMPUR: Dakwaan meratifika­si Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) akan menghapusk­an hak-hak keistimewa­an orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembaga­an adalah satu pembohonga­n.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata tanggapan tersebut adalah tidak betul dan hanya bertujuan mengeliruk­an dan menimbulka­n kebimbanga­n rakyat.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pengesahan ICERD dengan pengecuali­an, tidak akan memberi sebarang kesan kepada Perkara 153 Perlembaga­an Persekutua­n dalam apa jua cara,” katanya dalam klenyataan di sini semalam.

Bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad dilapor mengeluark­an dak- waan demikian dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu kelmarin.

Waytha Moorthy turut berkata kerajaan akan melibatkan semua pihak berkepenti­ngan bagi mendapatka­n pandangan dan maklum balas menyeluruh sebelum undang- undang antarabang­sa ini disahkan.

“Kerajaan tidak tergesages­a mengesahka­n ICERD kerana ingin mengumpul sebanyak mungkin maklum balas daripada kesemua pihak berkepenti­ngan.

“Jika kita lihat, banyak negara Islam lain seperti Yemen, Indonesia dan Pakistan dan Kuwait telah mengesahka­n ICERD, dan Malaysia pula ambil langkah mengesahka­n ICERD dengan pengecuali­an,” katanya.

Pada 24 Okt lepas, Bernama turut melaporkan kenyataan Waytha Moorthy bahawa Malaysia komited untuk mengesahka­n enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Beliau menyatakan bahawa meratifika­si konvensyen­konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia