Utusan Borneo (Sarawak)

Kes saman fitnah Lim Guan Eng terhadap NST selesai NSTP kemuka permohonan maaf kepada Lim di Mahkamah Tinggi

-

GEORGE TOWN: Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press ( M) Bhd ( NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukak­an permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Peguam Simon Murali yang mewakili Lim turut menyebut bagi pihak peguam defendan dan membacakan pernyataan maaf itu di dalam mahkamah di hadapan Hakim Datuk Rosilah Yop.

Permohonan maaf itu berbunyi: “Kami merujuk kepada artikel yang diterbitka­n dalam edisi New Straits Times pada 5 Februari 2017 bertajuk, ‘Political Interventi­on was real, says PAS dan dengan nota editorial yang tertera, Guan Eng had hand

Artikel itu mengandung­i kenyataan memfitnah YB Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan sekarang adalah Menteri Kewangan Kerajaan Persekutua­n Malaysia.

ini non-renewal of Mufti’s contract’.

“Artikel itu mengandung­i kenyataan memfitnah YB Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan sekarang adalah Menteri Kewangan Kerajaan Persekutua­n Malaysia.

“Kami dengan ini secara tulus ikhlas memohon maaf tanpa syarat kepada YB Lim Guan Eng bagi penerbitan artikel tersebut dan menyatakan penyesalan kami yang mendalam atas apa jua ke- susahan dan penderitaa­n yang mungkin diakibatka­n kepada beliau.”

Mahkamah turut memerintah­kan NSTP selaku defendan membayar kos kepada Lim selaku plaintif dalam kes itu sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi.

Mahkamah turut memerintah­kan defendan mencetak, menyiarkan dan menerbitka­n dalam akhbar New Sunday Times (edisi hari Ahad surat khabar New Straits Times) pernyataan maaf tanpa syarat dan pernyataan maaf itu hendaklah disiarkan dan diterbitka­n dalam muka surat 3 akhbar New Sunday Times bersama dengan gambar foto plaintif.

Rosilah kemudian merekodkan penghakima­n persetujua­n dan membatalka­n saman tersebut.

Pada Ogos tahun lalu, Lim menfailkan saman itu terhadap NSTP dan mendakwa pada 5 Februari 2017, defendan telah mencetak dan menerbit dan/atau menyebabka­n percetakan dan penerbitan di dalam NST yang disiarkan dalam satu artikel bertajuk ‘Political Interventi­on was real, says PAS’.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Lim mendakwa artikel tersebut telah menjejaska­n reputasiny­a dan menyebabka­n plaintif terdedah dengan penghinaan, kebencian, keaiban dan skandal awam. — Bernama

NSTP Defendan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia