Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Dr Streram akan pinda penyata tuntutan

-

KUANTAN: Gara-gara ingin memenangi hadiah berjumlah RM216,240 yang ditawarkan oleh sebuah syarikat barang kemas di Hong Kong, seorang suri rumah mengalami kerugian hampir RM245,000 selepas wang bayaran untuk mendapatka­n hadiah itu lesap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 33, sebelum itu menerima panggilan dari- pada suspek pada 22 Oktober lepas yang mendakwa dia memenangi hadiah berjumlah RM216, 240.

“Bagaimanap­un sebelum diberikan hadiah itu, mangsa diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM6,860 bagi proses tuntutan hadiah berkenaan.

“Mangsa kemudian telah memasukkan wang yang diminta berkenaan ke dalam akaun seorang individu yang didakwa wakil syarikat ber- kenaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, tidak lama selepas itu suspek sekali lagi menghubung­i mangsa dan menyakinka­nnya untuk melaburkan wang kemenangan berkenaan dan telah memberi pulangan sebanyak RM3.1 juta.

Katanya mangsa terus diperdaya dengan pelbagai alasan sehingga mendorongn­ya melakukan sembilan lagi transaksi ke dalam em- pat akaun yang berlainan melibatkan wang berjumlah RM236,900.

Katanya, mangsa mula menyedari ditipu setelah suspek meminta bayaran tambahan sebelum satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. — Bernama KUALA LUMPUR: Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr S.Streram akan meminda penyata tuntutan samannya terhadap Pegawai Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Amino Agos Suyub dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berhubung salah laku ketika proses penamaan calon hingga menyebabka­n beliau tidak dapat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Peguam Irzan Iswat Mohd Nor yang mewakili Dr Streram berkata berkata pihaknya akan membuat pindaan itu berdasarka­n kepada keputusan petisyen pilihan raya yang akan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya di Seremban pada 22 Nov ini.

“Oleh itu mahkamah tetapkan 4 Jan 2019 untuk pengurusan kes ini dan pada masa sama pihak defendan perlu memfailkan pembelaan mere- ka,” katanya selepas sebutan kes itu di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Darryl Goon Siew Chye di dalam kamarnya di sini semalam.

Mahkamah juga menetapkan empat hari bermula 1,2,8 dan 9 Ogos 2019 untuk perbicaraa­n kes berkenaan.

Dr Streram, 63, seorang doktor bius dan anggota PKR memfailkan saman berkenaan pada 7 Mei lepas dengan menamakan Amino Agos dan SPR yang diwakili peguam K. Sathya sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Dr Streram mendakwa bahawa defendan gagal menunaikan tanggungja­wab di bawah Akta Suruhanjay­a Pilihan Raya 1958, yang mengakibat­kan dirinya tidak dapat bertanding di kerusi DUN Rantau selepas memperoleh watikah pelantikan daripada partinya dan susulan itu, Datuk Seri Mohamad Hassan dari Barisan Nasional memenangi kerusi DUN itu tanpa bertanding.

Dalam tuntutanny­a juga beliau berkata telah membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk pendaftara­n pencalonan­nya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen pada 25 April.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak SPR tidak memaklumka­n kepadanya bahawa pas SPR diperlukan untuk tujuan memasuki pusat penamaan calon.

Selain itu, Streram juga membuat dua laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya itu dan SPR mengikut Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan kerana mengganggu proses demokrasi berparlime­n dengan tidak membenarka­nnya menjadi calon. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia