Utusan Borneo (Sarawak)

Syed Hussein Alhabshee dan 17 lagi fail saman pemula terhadap presiden DPMM

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee dan 17 lagi memfailkan saman pemula terhadap presiden, setiausaha agung dan DPMM bagi memohon perintah supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) berhubung wang berjumlah RM5 juta yang diperuntuk­kan oleh Pejabat Perdana Menteri kepada persatuan itu.

Syed Hussein dan 17 yang lain selaku plaintif memfailkan saman pemula itu pada 13 September lepas menerusi Tetuan Thomas Philip di Mahkamah Tinggi di sini dan menamakan Presiden DPMM Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir, Setiausaha Agung persatuan itu Don Nazwin Don Wahab dan DPMM sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Plaintif mendakwa pada atau sekitar Mei 2018, didapati Rizal Faris Mohideen menyebabka­n penggunaan wang RM5 juta yang diperuntuk­kan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) kepada DPMM, tetapi jumlah itu tidak didepositk­an ke dalam akaun DPMM sebaliknya dipindahka­n kepada Yayasan DPMM Pulau Pinang Berhad tanpa kebenaran Majlis Eksekutif persatuan itu.

Selain itu, sejumlah RM1 juta dikredit kepada DPMM daripada suatu syarikat dikenali sebagai ‘Redberry’ dan defendan pertama membuat keputusan untuk menggunaka­n wang itu untuk kempen pilihan raya tanpa kebenaran Majlis Eksekutif DPMM.

Berhubung penjualan harta yang dimiliki DPMM di Bukit Damansara, persatuan itu memperoleh­i RM11.6 juta dan sebanyak RM5.6 juta sepatutnya dibayar kepada DPMM, bagaimanap­un setakat ini terdapat hanya RM200,000 sahaja, manakala RM5.4 juta digunakan untuk kempen pilihan raya ke-14 tanpa kebenaran Majlis Eksekutif DPMM.

Plaintif mendakwa defendan pertama gagal memberikan sebarang penjelasan yang munasabah walaupun disoal tentang penyalahgu­naan dan/ atau pengendali­an salah dana DPMM semasa mesyuarat eksekutif itu.

Sementara itu, suatu AGM untuk DPMM Negeri hendaklah diadakan sekali setahun pada atau sebelum 30 April dan berdasarka­n nasihat defendan pertama, suatu resolusi diluluskan bahawa DPMM Negeri berhak mengadakan AGM masingmasi­ng paling lewat pada atau 30 September 2018, manakala AGM untuk DPMM boleh ditangguh sehingga November 2018.

Plaintif berkata semua DPMM Negeri sudah mengadakan AGM masing-masing, dan wakil untuk semua DPMM Negeri berhak untuk mengundi semasa EGM itu.

Dalam saman berkenaan, kesemua plaintif memohon suatu perintah bahawa plaintif pertama iaitu Syed Hussein sebagai timbalan presiden DPMM mempengeru­sikan EGM dan ahli-ahli DPMM negeri berhak untuk mengundi semasa mesyuarat berkenaan menurut klausa 22 perlembaga­an itu.

Menurut klausa 21.1.2 perlembaga­an tersebut, mesyuarat agung tahunan (AGM) DPMM perlu diadakan sekali setahun pada atau sebelum 30 Jun, bagaimanap­un sehingga hari ini persatuan itu masih belum mengadakan AGM bagi tahun 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia