Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM ‘berkunjung’ lagi ke rumah Najib

-

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkunjung lagi ke kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini bagi mendapatka­n keterangan kes.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahka­n perkara itu bagaimanap­un berkata tiada sebarang serbuan dibuat di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Beliau berkata SPRM menghantar pegawainya ke rumah Najib hanya bagi mendapatka­n maklumat keterangan kes untuk membantu siasatan.

“Ada suatu siasatan namun saya tidak bercadang untuk mendedahka­nnya,” katanya kepada Bernama dan enggan mengulas lanjut apabila diminta.

Lima kenderaan yang dinaiki anggota SPRM dilihat memasuki pekarangan rumah Ahli Parlimen Pekan itu pagi semalam dan beredar kirakira jam 12.30 tengah hari. — Bernama TAIPING: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes gaduh sehingga membawa kematian seorang lelaki dipercayai meninggal dunia akibat dicekik, di sebuah rumah sewa di Jalan Panggung Wayang di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, seorang saksi mendakwa beliau sedang yang sedang tidur ketika itu, tiba-tiba terjaga selepas terdengar bunyi orang bergaduh di luar biliknya.

Menurutnya apabila saksi keluar dari biliknya, beliau nampak suspek seorang lelaki berumur lebih kurang 27 tahun sedang bergaduh dan mencekik leher mangsa. Dia cuba meleraikan pergaduhan, dan melihat mangsa yang berada dalam keadaan sesak nafas, terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata ketika ambulans tiba di lokasi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mohamad berkata berdasarka­n siasatan awal polis percaya pergaduhan itu berpunca daripada rasa cemburu di samping ada kaitan dengan soal kewangan, dan suspek ditahan membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Lim Kok Chin, 38. — Bernama JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki, malam kelmarin, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang tukang cuci dan rakan lelakinya di sebuah rumah pangsa di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata lelaki berumur 56 tahun itu ditahan pada jam 10 malam tadi selepas datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara, dekat Skudai, di sini.

“Polis kini sedang menjalanka­n siasatan lanjut terhadapny­a dan dalam masa sama, polis juga sedang mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat dalam pembunuhan wanita (tukang cuci) dan lelaki tersebut,” katanya di sini semalam.

Semalam, tukang cuci itu, K. Kamala, 51, dan rakan lelakinya, S. Silvaraja, 59, ditemui mati pada jam 9 pagi di rumah berkenaan oleh anak perempuan Kamala yang pulang dari bekerja.

Mayat Kamala ditemui di bilik tidur dengan kesan tetakan di belakang badan manakala mayat Silvaraja di ruang tamu.

Polis percaya sekurangku­rangnya dua suspek terlibat dengan pembunuhan bersenjata­kan parang tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ‘BERKUNJUNG’ LAGI: Beberapa kenderaan SPRM dan polis dilihat keluar dari pekarangan kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama ‘BERKUNJUNG’ LAGI: Beberapa kenderaan SPRM dan polis dilihat keluar dari pekarangan kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia