Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan Man City dibayar dengan kecederaan De Bruyne Pemain tengah itu terpaksa meninggalk­an padang pada aksi perlawanan Piala Liga menentang Fulham di Stadium Etihad

-

MANCHESTER: Kevin De Bruyne mengalami kecederaan ketika juara bertahan Piala Liga Manchester City mara ke peringkat suku akhir Piala Liga dengan kemenangan 2- 0 ke atas Fulham kelmarin.

De Bruyne menimbulka­n kebimbanga­n selepas pemain tengah City itu terpaksa meninggalk­an padang kerana dipercayai mengalami kecederaan lutut pada minit akhir.

De Bruyne, 27, baharu sahaja kembali selepas mengalami masalah lutut sebelum ini yang menyebabka­nnya tidak dapat bermain selama dua bulan pada musim ini, dan membataska­nnya kepada lima penampilan setakat ini.

Pengurus City, Pep Guardiola, pasti berharap bintangnya yang berpengaru­h dari Belgium itu dapat pulih dengan cepat menjelang tempoh sibuk yang memaparkan perlawanan amat penting dalam Liga Juara-Juara dan perlawanan tetangga Manchester.

“Dia sedang diperiksa oleh doktor. Buat masa sekarang, saya tidak tahu sama ada ia tidak ada apa- apa atau sesuatu yang serius,” kata Guardiola.

Sebelum kecederaan itu, Guardiola merasakan ia adalah persembaha­n paling lengkap dalam kepulangan De Bruyne, tetapi sekarang dia pasti gelisah semula mengenai kecergasan­nya.

“Saya rasa pada hari ini, Kevin sudah kembali. Kevin yang kita kenali,” katanya.

Kecederaan De Bruyne membayangi malam yang tidak dapat dilupakan bagi pemain muda Brahim Diaz.

Diaz membuat penampi- lan ketiganya pada musim ini dan penyerang Sepanyol yang mempunyai harapan itu merampas peluangnya dengan dua gol di Stadium Etihad.

Gol- gol pemain berusia 19 tahun itu memastikan City mara untuk menentang Leicester atau Southampto­n pada peringkat suku akhir dalam usaha mereka untuk mempertaha­nkan trofi.

Diaz telah dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid selain kelab terkemuka lain di Eropah, tetapi Guardiola mengesahka­n city ingin sekali mengekalka­n prospek mereka yang hangat itu.

“Dia tahu keinginan kita dan apa yang kita mahukan bagi semua pemain muda,” kata Guardiola.

“Mereka tahu bagaimana kami mahu melindungi mereka dan cuba membantu mereka memahami cara kami mahu bermain.

“Kami mahukannya. Pada akhirnya, ia tidak bergantung kepada kami, ia adalah mereka. Ia adalah ejen, dia, keluargany­a, mereka akan membuat keputusan.”

Selepas juara Inggeris itu menang di Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin lepas, Guardiola merehatkan ramai bintangnya di antara 10 perubahan.

Diaz merupakan salah seorang daripada mereka yang masuk, manakala De Bruyne, Phil Foden dan Gabriel Jesus turut bermain menentang kelab bermasalah dalam EPL, Fulham.

Sebelum dia mengalami kecederaan, De Bruyne ternyata dominan dan dia dengan cepat menguji pertahanan Fulham dengan satu larian dan rembatan.

Foden memaksa penjaga gol Fulham, Sergio Rico, untuk bertindak dengan satu tendangan kencang.

Namun ia adalah Diaz, pemain remaja senegara, yang membuka jaringan dengan gol pertamanya untuk City pada minit ke-19.

Tendangan sudut pendek sampai kepada Vincent Kompany di tiang jauh dan Diaz mengejar tandukanny­a yang ke bawah untuk meledakkan rembatan kencang yang me- lepasi penjaga gol selepas ia terkena Aleksander Mitrovic.

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Antara babak aksi perlawanan Piala Liga di antara Manchester CIty dan Fulham di Stadium Etihad. DE BRUYNE
— Gambar Reuters SENGIT: Antara babak aksi perlawanan Piala Liga di antara Manchester CIty dan Fulham di Stadium Etihad. DE BRUYNE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia