Utusan Borneo (Sarawak)

Leicester City kembali fokus kepada EPL selepas kematian pemilik kelab

-

LONDON: Leicester City yang bersedih kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris ( EPL) menentang Cardiff hanya seminggu sahaja selepas kematian mengejut pemilik mereka manakala Arsenal mahu menguji keupayaan Liverpool, yang belum tewas, untuk memenangi kejuaraan.

Tafakur akan diadakan selama seminit dan pemain akan memakai lilitan lengan hitam di semua perlawanan liga utama pada hujung minggu ini sebagai tanda penghormat­an kepada Leicester selepas Vichai Srivaddhan­aprabha dan empat orang lain maut dalam nahas helikopter di luar Stadium King Power ekoran keputusan seri 1-1 di antara pasukannya dengan West Ham pada Sabtu lalu.

Perlawanan paling menarik pada hujung minggu ini ialah di Emirates, di mana Arsenal yang sedang bermain cemerlang melayan kunjungan Liverpool, ketika barisan penyerang Jurgen Klopp mula bermain dengan serasi, manakala Manchester United berdepan dengan kunjungan yang mencabar ke kelab yang bermain dengan baik, Bournemout­h.

AFP Sports melihat perkara yang perlu diperhatik­an dalam EPL pada hujung minggu ini: Penyokong Leicester rancang penghormat­an

Bekas juara EPL Leicester menghadapi perlawanan pertamanya dalam era baharu ekoran kematian Vichai, dan penyokong didorong oleh ikrar daripada naib pengerusi Aiyawatt Srivaddhan­aprabha bahawa dia akan meneruskan legasi bapanya.

“Saya akan melakukan segalanya yang termampu untuk meneruskan impian dan visinya yang besar,” kata Aiyawatt. Liverpool berdepan ujian Arsenal

Liverpool masih belum tewas dalam EPL, menduduki tempat di belakang juara bertahan Manchester City berdasarka­n perbezaan gol.

Hanya satu tendangan penalti lewat yang kontrovers­i ketika menentang Crystal Palace pada hujung minggu lepas menamatkan siri 11 kemenangan The Gunners.

Walaupun mempamerka­n prestasi yang baik, Arsenal pasti ingin memenangi perlawanan besar selepas mereka bangkit daripada dua kekalahan dalam dua perlawanan pertama mereka. Pochettino akan senyum semula?

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, muram walaupun pasukannya menduduki tempat kelima dalam carta EPL dengan tujuh kemenangan daripada 10 perlawanan.

Pochettino, yang akan membawa pasukannya ke kelab yang baharu naik ke liga utama, Wolves, berkata pada awal minggu ini bahawa dia rasa mempamerka­n prestasi “terburuk” sebagai pengurus Tottenham walaupun memulakan musim dengan cerah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia