Utusan Borneo (Sarawak)

Sterling setuju lanjutan kontrak bersama Man City

-

LONDON: Pemain sayap Manchester City Raheem Sterling sudah menyetujui secara lisan kontrak baha- ru selama lima tahun bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, menurut laporan kelmarin. Sterling sudah berkembang untuk menjadi salah seorang pemain paling mengujakan di England sejak dia menyertai City dari Liverpool pada 2015 dan kontrak baharu itu dipercayai hampir menggandak­an gajinya.

Pemain berusia 23 tahun itu, dengan terma sedia ada yang bakal tamat pada 2020, dilaporkan akan menerima kira- kira £ 300,000 ( RM1.65 juta) seminggu selepas dia secara rasmi menandatan­gani kontrak yang lebih baik itu, yang buat masa sekarang menjadikan­nya pemain Inggeris dengan pendapatan tertinggi.

Sterling memainkan per- anan penting dalam kejayaan City memenangi kejuaraan yang memecah rekod pada musim lepas dan pada musim ini sudah menjaringk­an empat gol dalam lapan penampilan dalam EPL dalam semua pertanding­an.

Masa depannya di kelab itu telah menjadi topik hangat sejak awal musim.

Jurulatih Pep Guardiola, yang berjaya mencungkil prestasi terbaik daripada Sterling sejak dia berada di Stadium Etihad, berkata sebelum perlawanan Community Shield menentang Chelsea pada Ogos lalu bahawa “keraguan tiada” bahawa City mahu mengekalka­nnya.

Guardiola meletakkan situasi itu dalam tangan wakil Sterling dan pengarah bola sepak City, Txiki Begiristai­n, dan rundingan yang berlarutan itu kini dipercayai sudah berjaya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia