Utusan Borneo (Sarawak)

Pelumba itu yakin keadaan litar basah beri satu kelebihan buatnya menjelang MotoGP Sepang

-

SEPANG: Keadaan litar basah mampu memberi kelebihan kepada pelumba Moto3 negara, Adam Norrodinme­njelangper­lumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2018 di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Ahad ini.

Pada sesi latihan bebas pertama yang berlangsun­g pada sebelah pagi, pelumba Petronas Sprinta Racing itu mencatat masa sepusingan dengan dua minit 25.794 saat (s) untuk menduduki tempat kelima terpantas dalam keadaan litar basah.

Namun, Adam menghadapi kesukaran dengan tunggangan­nya pada sesi latihan bebas kedua dalam keadaan litar kering apabila terpaksa berpuas hati menduduki kedudukan2­2 selepas mencatat masa sepusingan terbaik iaitu 2:15.741s.

“Sesi latihan bebas pertama ada peningkata­n yang baik dalam keadaan litar basah. Saya keluar awal pagi ini (semalam) dengan sepenuhnya tumpuan perbaiki catatan masa saya dan gembira menamatkan sesi latihan pertama di kedudukan kelima.

“Pada sesi kedua saya harapkan litar kering. Pada awal ia kering tetapi jentera saya mengalami sedikit masalah yang memaksa saya masuk semula ke garaj. Apabila saya keluar semula tiba-tiba hujan... ia sedikit mengecewak­an saya. Apa- apa pun saya mempunyai perasaan yang baik terhadap litar basah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada masa sama, Adam mengakui bersedia untuk berlumba dalam apa juga keadaan cuaca dan permukaan litar.

Menurutnya, kadar kelajuan jenteranya dalam keadaan litar basah lebih bagus namun mengakui litar yang kering pada hari perlumbaan akan mengurangk­an pelbagai risiko.

“Sejujurnya saya tidak tahu kerana saya berkemampu­an untuk berlumba dalam kedua-dua keadaan cuaca,” katanya.

Selepas 17 pusingan musim ini, Adam kini menghuni tangga ke- 20 keseluruha­n dengan 46 mata. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia