Utusan Borneo (Sarawak)

MotoGP: Alex Rins catat masa terpantas di Sepang

-

SEPANG: Pelumba Sepanyol Alex Rins mencatatka­n masa terpantas pada dua sesi latihan semalam sehari sebelum perlumbaan Motosikal Grand Prix Malaysia 2018, di Litar Antarabang­sa Sepang, di sini.

Pelumba pasukan Suzuki Ecstar itu dilihat beraksi cemerlang untuk mencatatka­n tempoh lap paling pantas yakni satu minit dan 59.608 saat dalam sesi kedua petang semalam.

Beliau berada 0.089s di hadapan pelumba pasukan Ducati Andrea Dovizioso, yang mengunggul­i sesi latihan pada sebelah pagi.

“Saya amat gembira kerana motosikal itu dalam keadaan baik hari ini. Gandingan kami mantap, walaupun dengan tayar yang sudah terpakai, jadi kami benar-benar menaruh harapan di sini,” katanya.

“Motosikal itu sebenarnya sudah melalui banyak perubahan sejak kami mengujinya di sini. Kelajuanny­a cukup mantap, dan kita boleh lihat dengan jelas ada perkembang­an positif buat kami pada musim ini, saya benar-benar teruja untuk perlumbaan esok (hari ini),” kata Rins.

Sementara itu, pelumba yang menjulang takhta juara baru-baru ini, Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda Racing mencatatka­n tempoh lap yang ketiga pantas, lewat 0.093s.

Lagenda MotoGP, Valentino Rossi dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP juga mencatatka­n masa yang cukup baik, hanya 0.159s di belakang Rins.

Pelumba MotoGP pertama Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah pula menduduki tempat ke-18 dalam gabungan masa dua sesi latihan bebas, dengan catatan lap terbaiknya 2:01.419s yang dibuat pada sesi pertama.

Sementara itu juara dunia lima kali Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati yang baru sembuh dari kecederaan pergelanga­n tangan, kelihatan kurang menyerlah hari ini.

Pelumba Sepanyol itu menamatkan sesi di kedudukan terakhir, lebih tiga minit lewat daripada masa terpantas semalam. — Bernama

 ??  ?? PERSAHABAT­AN: Ahli-ahli PBBSA bersama kakitangan kedua-dua syarikat pada perlawanan persahabat­an di Sri Aman malam kelmarin.
PERSAHABAT­AN: Ahli-ahli PBBSA bersama kakitangan kedua-dua syarikat pada perlawanan persahabat­an di Sri Aman malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia