Utusan Borneo (Sarawak)

SK Tatau mengunggul­i Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah-Sekolah Daerah Tatau

-

BINTULU: Kontinjen Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah-Sekolah Daerah Tatau Ke-18 2018 berlangsun­g di Stadium Mini Bintulu.

Naib juara diraih SK Nanga Penyarai dan tempat ketiga menjadi milik SK Rumah Tayai.

Tempat keempat hingga ke10 ialah SK Kelawit, SK Kuala Annau, SK Kuala Tatau, SK Rumah Keseng, SJKC Chung Hwa, SK Nanga Tau dan SK Kuala Serupai.

Selain itu, lima sekolah lain menyertai kejohanan itu ialah SK Kuala Muput, SK Sungai Bagian, SK Sangan Iban, SK Ulu Kakus dan SK Rumah Barrau.

Penutupan rasmi kejohanan itu disempurna­kan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Kerja Raya, Abang Zulkifli Abang Engkeh yang mewakili Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Anugerah Olahragawa­n kejohanan itu dikongsi bersama Randi Martin (SK RH Tayai) dan Nyanggau Michael Ronny (SK Tatau) dan Olahragawa­ti diraih Klechty Teena Marcony (SK Tatau).

Hadir sam Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Matsah Kachong, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Tatau Tony Madup, Guru Besar SK Kuala Tatau merangkap pengerusi pengelola Ibrahim Setok, Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Tatau Jalin Joshua dan penaja piala pusingan Tuai Rumah Gilbert Undi Malaka serta tetamu lain.

Dalam ucapan ringkasnya, Abang Zulkifli menyeru agar kejohanan seumpama itu diteruskan pihak sekolah memandangk­an ia aktiviti sihat.

Katanya, kejohanan itu juga mampu mengukuh hubungan silaturahi­m, mencungkil bakat murid- murid serta berperanan mencegah muridmurid terlibat dengan gejala negatif.

 ??  ?? JEMPUTAN: Sik Chai (dua kiri) menyampaik­an jemputan kepada Dr Sim sambil disaksikan Guo Chen (kanan) dan Chan di Kuching kelmarin.
JEMPUTAN: Sik Chai (dua kiri) menyampaik­an jemputan kepada Dr Sim sambil disaksikan Guo Chen (kanan) dan Chan di Kuching kelmarin.
 ??  ?? KAMI JUARA: Kontinjen SK Tatau muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah-Sekolah Daerah Tatau 2018.
KAMI JUARA: Kontinjen SK Tatau muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah-Sekolah Daerah Tatau 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia