Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Dr Sim pada 1-8 Disember

-

KUCHING: Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching (KDVA) menganjurk­an Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Dr Sim Kui Hian edisi kedua berlangsun­g pada 1 hingga 8 Disember depan di Stadium Tertutup SESCO dan Stadium MBKS dengan penyertaan kini dibuka untuk pendaftara­n.

Kejohanan itu adalah mempromosi­kan sukan bola tampar dewan selain mencungkil bakat- bakat baharu serta mengukuhka­n semangat setiakawan kalangan pemain mengambil bahagian.

Penyertaan terbuka kepada semua kelab, pertubuhan, sekolah dan universiti.

Jawatankua­sa penganjur menyasarka­n sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan wanita.

Tarikh tutup penyertaan pada 23 November ini dengan mesyuarat pengurus dan cabutan undi diadakan pada tarikh sama jam 8 malam.

Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan medal.

Yuran bagi setiap pasukan ditetapkan sebanyak RM200 dan borang penyertaan boleh didapati menerusi Pengerusi Kejohanan Andrew Ting (016-8607338) atau Setiausaha Penganjur, Liew Guo Chen (016-6590388).

Kelmarin, delegasi KDVA diketuai Ketua Publisiti Liew Sik Chai, Penolong Setiausaha Liew Guo Chen dan Ahli Jawatankua­sa, Allan Chan mengadakan kunjungan hormat ke atas penaung kejohanan yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Kunjungan bertujuan memberi penerangan mengenai kejohanan itu selain menjemput Dr Sim merasmikan kejohanan itu nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia