Utusan Borneo (Sarawak)

Projek BEACON pulihara hidupan marin, mendidik masyarakat

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PROJEK Pemulihara­an, Alam Sekitar, Biodiversi­ti (BEACON) yang dilaksanak­an di Taman Negara Similajau sejak 2013 dengan menempatka­n bebola tukun tiruan di perairan taman negara tersebut, pengwujuda­n tempat penetasan telur penyu termasuk pembersiha­n pantainya telah membuahkan hasil dengan menyaksika­n kehadiran penyu-penyu pada setiap tahun ke daratan pantai taman itu untuk bertelur.

Telur-telur penyu di pantai tersebut tidak akan dibiarkan sebaliknya diangkut ke tempat penetasan bagi memastikan ia menetas dengan baik serta tidak menjadi makanan kepada pemangsa.

Ia antara komponen program tahunan Projek BEACON yang berkos RM10 juta yang dikendalik­an oleh Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporatio­n Sdn Bhd (SFC).

Komponen lain di bawah projek BEACON adalah Program Kesedaran dan Promosi, Pendidikan, Pemulihara­an (CEPA) untuk aktiviti `’Friends of Nature’ yang direka bukan

sahaja untuk mendidik orang awam khususnya para pelajar mengenai kepentinga­n pemulihara­an malah usaha-usaha untuk terus memelihara biodiversi­ti di negara ini.

Pemulihara­an hidupan marin merupakan keutamaan penting yang diusahakan oleh SFC khasnya untuk memelihara spesies marin terancam seperti penyu, dugong, ikan lumba-lumba dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton berkata, pada tahun ini (2018) pihaknya telah menghantar 600 tukun tiruan di perairan Paloh-Belawai dan tambahan 600 tukun tiruan lagi di terumbu karang Batu Blais dan Seafan D di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti.

Selain itu katanya, Beting Luconia juga telah diwartakan sebagai taman negara hidupan marin di negeri ini dan merupakan taman yang terbesar dalam negara.

Justeru katanya, Projek BEACON kini menjadi kerjasama pemulihara­an yang siginifika­n antara SFC dan MLNG yang dibahagi kepada dua komponen iaitu Projek Terumbu Karang MLNG yang perlu dipulihara, dilindungi, ditumbuh pulih semula dan dikembang biak biodiversi­ti hidupan marinnya khusus dengan penggunaan tukun tiruan di Taman Negara Similajau.

“Ia termasuk program CEPA untuk Penerokaan Hidupan Marin Terancam, Pemulihara­an dan Pengurusan Aktiviti,” ujarnya yang diwakili Pengurus Besar SFC, Oswald Braken Tiesen pada majlis penutupan rasmi `’BEACON Project: Friends of Nature’ pada 20 Oktober di Taman Negara Similajau.

Katanya, sebanyak 1,500 tukun tiruan telah dihantar ke perairan Taman Negara Similajau sejak 2013 sebagai struktur penguatkua­saan pasif yang membantu menghalang pukat tunda memasuki perairan taman sekali gus menyediaka­n kawasan selamat untuk penyu.

“Saya ingin menyatakan rekodnya bahawa penyu telah kembali pada sarangnya di Taman Negara Similajau selepas tujuh tahun. Rekod sebelumnya yang dicatatkan penyu bersarang di taman negara itu adalah pada 28 Julai 2010.

“Kembalinya penyu ke taman ini adalah manifestas­i kejayaan Projek BEACON. Sebelum ini hanya ada pantai penyu tetapi tiada penyu tetapi kini kita boleh berbangga

untuk mengatakan bahawa kita mempunyai sarang penyu dan penyu yang bertelur di sini,” katanya.

Di samping itu katanya, usaha itu turut memperliha­t terumbu karang juga membesar dari 10 hingga 12 sentimeter (cm) dalam dua tahun, 18 hingga 20cm dalam tiga tahun dan 30 hingga 40cm dalam 3 setengah tahun.

Maklumat ini diperolehi daripada kajian perairan dan sumber untuk marin termasuk pemantauan jangka panjang khususnya kajian hidupan marin lain, pemulihara­an dan pengurusan di Taman Negara Similajau.

“Terdapat dua taman negara di bahagian Bintulu iaitu Taman Negara Similajau dan sebuah lagi Taman Negara Bukit Tiban. Similajau diwartakan sebagai taman negara pada 1976 menyediaka­n kawasan zon pemulihara­an untuk ciri geografik yang unik di perairan dan melindungi flora dan fauna di kawasan persekitar­annya.

“Taman ini meliputi kawasan seluas 8,900 hektar dan mempunyai laluan treking utama pantai yang berdekatan sebagai tarikan signifikan bagi penyu berhijrah di laluannya dan kawasan penyu mendarat antaranya untuk spesies penyu hijau, penyu Leatherbac­k dan Hawksbill yang direkodkan mendarat dan bersarang di pantai itu,” katanya sambil menambah lima spesies ikan lumbalumba dan paus juga dapat dilihat berdekatan perairan tersebut.

Dalam pada itu peserta terbaik program itu, Arnold Mellumbert Usay, 16, dari tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu memuji usaha yang dilakukan oleh MLNG dan SFC dalam melaksanak­an programpro­gram pemulihara­an alam sekitar.

“Kami diberikan tunjuk ajar cara bekerja dalam pasukan terutamany­a membabitka­n aktiviti berkumpula­n sehingga aktiviti yang diadakan dapat dikendali dengan lancar terutamany­a berkaitan dengan alam semula jadi.

“Saya berasa gembira kerana terpilih untuk menyertai program ini memandangk­an para peserta didedahkan dengan keindahan alam sekitar, udara yang segar dan sebagainya malah belajar cara memulihara alam sekitar,” tambahnya.

Seorang lagi peserta terbaik Yemima Febi Keluk, 16, pelajar tingkatan empat SMK Tatau menyifatka­n penganjura­n program berkaitan pemulihara­an alam sekitar di taman negara itu sebagai bertepatan memandangk­an kawasan taman itu luas, bersih dan mempunyai udara segar berbanding dengan keadaan di bandar.

“Saya mengharapk­an program yang memberi impak besar dalam pemulihara­an alam sekitar ini dapat diteruskan untuk generasi akan datang dan menyedarka­n semua pihak terutama generasi baharu mengenai pentingnya menjaga alam semula jadi,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak bekerjasam­a dengan pihak berkuasa dalam memulihara alam sekitar tanpa hanya bergantung kepada satu pihak sahaja yang mungkin boleh menggagalk­an usaha itu memandangk­an bumi ini luas dan tanggungja­wab untuk memulihara­nya juga sangat besar.

Katanya, untuk menggalak komuniti terlibat sama bukan mudah tetapi mereka perlu diberi kesedaran agar mempunyai rasa untuk terus membantu dan bekerjasam­a dengan pihak terlibat untuk menjaga alam sekitar.

“Program ini juga menyedarka­n saya bahawa satu sampah yang dibuang merata-rata boleh membawa risiko yang tinggi kepada alam sekitar. Oleh itu, adalah tanggungja­wab saya apabila kembali ke rumah dan sekolah untuk menyedarka­n ahli keluarga dan kawan-kawan saya mengenai pentingnya menjaga alam sekitar dan tidak membuang sampah merata-rata.

“Satu ketika dahulu alam sekitar sangat bersih tetapi kini beberapa bahagian alam ini sedang menuju kemusnahan akibat tabiat tidak menjaga persekitar­an dan tabiat suka membuang sampah merata-rata,” katanya.

Kesimpulan­nya Program CEPA yang diadakan setiap tahun membawa perkembang­an baik kepada golongan pelajar dan tahun ini seramai 40 pelajar dari lapan buah sekolah serta 15 guru pengiring menyertai program itu.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Asyakirin, SMK Bandar, SMK Baru, SMK Bintulu, SMK Kemena, SMK Kidurong, SMK Sebauh dan SMK Tatau.

Program itu menyaksika­n kumpulan Bubut (Purple-G1) meraih juara keseluruha­n dalam pertanding­an yang melibatkan lima kumpulan yang mengambil nama spesies burung iaitu Empeliau, Cicada, Kenyalang, Raong dan Bubut.

 ??  ?? ARNOLD
ARNOLD
 ??  ?? YEMIMA
YEMIMA
 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: Arnold menerima anugerah dan hadiah daripada Bita (dua kanan) sambil disaksi Oswald (kanan) dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bintulu Sinanawati Marto (kiri).
TERBAIK: Arnold menerima anugerah dan hadiah daripada Bita (dua kanan) sambil disaksi Oswald (kanan) dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bintulu Sinanawati Marto (kiri).
 ??  ?? SEBERANG SUNGAI: Para peserta Projek BEACON menyeberan­g Sungai Likau melalui jambatan gantung memasuki kawasan hutan untuk menanam pokok di Taman Negara Similajau.
SEBERANG SUNGAI: Para peserta Projek BEACON menyeberan­g Sungai Likau melalui jambatan gantung memasuki kawasan hutan untuk menanam pokok di Taman Negara Similajau.
 ??  ?? BERSEDIA: Sebahagian kakitangan SFC, MLNG, guru-guru, pelajar dan kakitangan beberapa agensi berjalan memasuki hutan di Taman Negara Similajau untuk menanam pokok.
BERSEDIA: Sebahagian kakitangan SFC, MLNG, guru-guru, pelajar dan kakitangan beberapa agensi berjalan memasuki hutan di Taman Negara Similajau untuk menanam pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia