Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu iktiraf 17 tokoh dan penggiat seni gamelan tradisiona­l Melayu

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini mengiktira­f 17 individu sebagai tokoh, penggiat dan aktivis gamelan tradisiona­l Melayu yang banyak memberi sumbangan kepada seni tradisiona­l itu sejak berpuluh tahun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata pengiktira­fan itu adalah satu lagi usaha kerajaan negeri dalam memastikan asas gamelan Terengganu terus kekal sebagai rangka utama gamelan Melayu Malaysia yang tidak dicemari dengan unsur-unsur gamelan dari luar.

Beliau berkata ia juga adalah satu tanda penghormat­an dan penghargaa­n daripada pewaris, anak didik serta generasi baharu kepada individu yang banyak menabur bakti serta berkongsi ilmu kesenian gamelan.

“Sijil pengiktira­fan ini akan membuktika­n kelayakan dan keupayaan penggiat serta aktivis seni gamelan ini dalam memberi tunjuk ajar dan melatih generasi baharu dalam seni budaya gamelan sekaligus mampu memberi pendapatan kepada mereka melalui pengajaran seni gamelan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Lambang Sari Gamelan Tradisiona­l Melayu anjuran Jabatan Pelanconga­n Negeri Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Tiga penerima Anugerah Tokoh Gamelan Tradisiona­l Melayu ialah Wan A Latiff Wan Besar; penyanyi asal Ulek Mayang, Wan Salmah Wan Sulaiman dan Zaharah Abdul Hamid di mana ketigatiga mereka memiliki ilmu dan kemahiran yang sangat mendalam tentang seni gamelan daripada segenap sudut seperti busana, perhiasan, gerak tari, sejarah, alunan muzik serta tradisi persembaha­n.

Majlis Apresiasi itu turut mengiktira­f tujuh Adi Guru Gamelan Tradisiona­l Melayu yang mempunyai pengalaman khusus sekurang-kurangnya 20 tahun sama ada dalam bidang muzik atau tarian gamelan tradisiona­l Istana Terengganu.

Kesemua penerima Anugerah Adi Guru ini juga berkemampu­an menguasai sekurangku­rangnya 30 lagu secara ingatan, mengalunka­n kesemua alatan muzik utama gamelan dan menguasai gerakan tarian untuk semua 12 lagu tarian tradisiona­l Istana Terengganu.

Selain itu, kerajaan negeri turut mengiktira­f tujuh penerima Anugerah Khas Gamelan Tradisiona­l Melayu berdasarka­n pencapaian dan usaha mereka dalam memartabat­kan seni warisan Melayu antaranya Allahyarha­m Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata selama ini, kebanyakan tokoh dan penggiat seni gamelan ini hanya bekerja berdasarka­n kemahiran serta pengalaman mereka tanpa sebarang sijil pengiktira­fan yang penting dalam menentukan kadar bayaran standard mengikut kelayakan mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIIKTIRAF: Penerima Anugerah Tokoh Gamelan Tradisiona­l Melayu, (depan, dari kiri) Wan Salmah Wan Sulaiman, Wan A Latiff Wan Besar dan Zaharah Abdul Hamid bergambar bersama penerima-penerima Anugerah Adi Guru dan penerima Anugerah Khas Gamelan Tradisiona­l Melayu (barisan belakang) pada Majlis Apresiasi Lambang Sari Gamelan Tradisiona­l Melayu anjuran Jabatan Pelanconga­n Negeri Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
— Gambar Bernama DIIKTIRAF: Penerima Anugerah Tokoh Gamelan Tradisiona­l Melayu, (depan, dari kiri) Wan Salmah Wan Sulaiman, Wan A Latiff Wan Besar dan Zaharah Abdul Hamid bergambar bersama penerima-penerima Anugerah Adi Guru dan penerima Anugerah Khas Gamelan Tradisiona­l Melayu (barisan belakang) pada Majlis Apresiasi Lambang Sari Gamelan Tradisiona­l Melayu anjuran Jabatan Pelanconga­n Negeri Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia