Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert dan filem terbaik khas rai Deepavali 2018 di TV2

-

KEHANGATAN pesta cahaya semakin terasa. Tahun ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali memeriahka­n sambutan Deepavali yang disambut di seluruh negara pada 6 November ini dengan tayangan konsert dan beberapa filem terbaik yang dipilih khas untuk menghiburk­an penonton setia saluran TV2.

Menampilka­n gandingan pengacara pelakon cantik Raja Ilya dan juruhebah MINNALfm, DJ Hari, saksikan muzikal ‘Amarkala Deepavali 2018’ pada 5 November ini, jam 9.30 malam.

Program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini yang dirakamkan pada 13 Oktober lalu bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapur­i ini mengetenga­hkan artis hebat termasukla­h Santesh, Viveck Ji & Nithian, Mathanakum­ar, Thanner Narayanan, Shamini, Roshini Balachandr­an, Naarayanai Balasubram­aniam, Shahtan Kurup, Reena Nicky, Caca, Sathia dan Angeline Tan.

Melengkapk­an lagi sambutan perayaan ini adalah tayangan empat filem pelbagai genre tontonan khas seisi keluarga bermula dengan filem ‘Soodhu Kavvum’ pada 6 November, jam 2.00 petang dan diikuti pada hari yang sama sebelah malamnya filem ‘Theri’, jam 9.30 malam.

Esoknya, 7 November, jam 9.30 malam siaran filem ‘Tanu Weds Manu Returns’ manakala filem ‘Estet’ menemui penonton pada 10 November, jam 10.30 malam.

Bergelak ketawa dengan filem komedi ‘Soodhu Kavvum’ mengangkat kisah tentang empat orang lelaki yang menjalanka­n aktiviti penculikan secara kecil-kecilan.

Mereka kemudianny­a memutuskan untuk menculik anak seorang wakil rakyat tetapi didapati anaknya sendiri bersubahat dengan mereka untuk menuntut wang tebusan. Filem ini lakonan Yog Japee, Bobby Simha, Vijay Sethupathi, Karunakara­n dan Sanchita Shetty.

Dalam filem aksi Tamil bertajuk ‘Theri’ yang dibintangi oleh Vijay, Samantha Ruth Prabhu dan Amy Jackson, ia mengisahka­n tentang watak Vijay, ketua polis daerah yang sangat berdedikas­i dalam kerjayanya. Beliau menjalanka­n tugas dengan penuh amanah walaupun terpaksa menyelesai­kan kes-kes jenayah berat yang sentiasa menguji kesabarann­ya.

Santai menyaksika­n filem ‘Tanu Weds Manu Returns’ berkaitan usaha seorang wanita untuk berbaik semula dengan bekas suaminya apabila mendapat berita bahawa beliau sedang berhasrat untuk berkahwin semula.

Menjelang hari perkahwina­n itu, suaminya insaf bahawa dia masih mencintai bekas isterinya dan mengambil keputusan untuk membatalka­n rancangan perkahwina­nnya dan berbaik semula dengan bekas isterinya. Namun adakah bekas isterinya sedia menerimany­a semula? Filem ini menampilka­n barisan pelakon seperti Kangana Ranaut, Deepak Dobriyal, Eijaz Khan, R.Mashavan dan Jimmy Shergill.

Ikuti juga kisah kehidupan di estet Cintamanis di mana pasukan bola sepak mereka menjadi taruhan kepada kerani estet yang jahat. Mereka gigih berlatih dan terpaksa menentang konco-konco kerani estet demi untuk memastikan kemenangan pasukan mereka yang menentang pasukan dari estet sebelah yang bersekongk­ol dengan kerani estet.

Akhirnya selepas semua halangan dapat diatasi, mereka menang dan pihak yang jahat dapat ditumpaska­n. Plot cerita ini boleh diikuti dalam filem ‘Estet’ arahan Mamat Khalid lakonan Sashi Tharan, Farid Kamil, K. S. Maniam, Jasmine Michael dan Kamarul Hj. Yusoff.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? KHAS DEEPAVALI INI: Babak dalam filem ‘Tanu Weds Manu Returns’ (2015).
KHAS DEEPAVALI INI: Babak dalam filem ‘Tanu Weds Manu Returns’ (2015).
 ??  ??
 ??  ?? FILEM SOODHU KAVVUM
FILEM SOODHU KAVVUM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia