Utusan Borneo (Sarawak)

Pembuat filem Jerman mengembara sejauh 1,400km pupuk kesedaran mengenai pelarian

-

BERLIN: Seorang pembuat filem Jerman mengembara sejauh 1,400 kilometer dari Paris ke Berlin, dalam usahanya untuk menyeru pihak yang berkaitan menyediaka­n penginapan kepada kanakkanak di kem pelarian di Eropah, lapor agensi berita Xinhua.

Grig Richters yang memulakan perjalanan di Arc de Triomphe, Paris pada pagi 27 Oktober mengatakan, usahanya itu bagi meningkatk­an kesedaran mengenai situasi yang menimpa pelarian dan berharap pemimpin Kesatuan Eropah (EU) memberikan bantuan sewajarnya kepada kanakkanak pelarian.

Menurut perancanga­n, beliau dijadual tiba ke Berlin Brandenbur­g Gate pada 1 Disember.

“Kita perlu menonjolka­n kepada dunia sifat keperihati­nan serta tidak bertolak ansur dengan kebencian dan apakah cara terbaik untuk mempamerka­nnya selain berhimpun secara aman,” katanya.

Di laman web miliknya, imarchfory­ou. org, Richters menyeru semua rakyat menyokong usahanya dan menandatan­gani petisyen bagi mendesak EU memberikan penginapan kepada kanak- kanak di kem- kem pelarian.

“Saya sudah berhubung dengan puluhan keluarga angkat yang akan memberi anak-anak tersebut rumah, tetapi peraturan tidak membenarka­n mereka berbuat demikian.

“Jika kita semua bersatu dan meningkatk­an kesedaran mengenai keadaan mereka, perubahan boleh dilakukan,” katanya dalam petisyen tersebut.

Dalam pengembara­annya, Richters akan melalui Perancis, Belgium dan Jerman dan bertemu dengan penyokongn­ya di 27 bandar raya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia