Utusan Borneo (Sarawak)

Yang pertama dalam tempoh 11 tahun, didapati bersalah bunuh dua lelaki pada 1983

-

CHICAGO: Seorang lelaki Tennessee yang didapati bersalah melakukan dua pembunuhan telah menjalani hukuman mati kelmarin di atas kerusi elektrik, selepas dia menuntut kaedah yang jarang sekali digunakan itu dan menolak suntikan ubat yang menyebabka­n kematian.

Edmund Zagorski, 63, merupakan banduan pertama di Amerika Syarikat ( AS) dalam tempoh 11 tahun yang menjalani hukuman mati menerusi kejutan elektrik.

Zagorski dijatuhi hukuman mati kerana membunuh dua lelaki pada 1983 selepas dia memujuk mereka ke dalam kawasan hutan dengan janji untuk menjual ganja kepada mereka. Mayat mangsa dijumpai dua minggu kemudian, ditembak dan dengan leher mereka yang dikelar.

Rayuan saat akhir kepada Mahkamah Agung AS telah ditolak.

Hanya sembilan negeri sahaja di AS yang masih menggunaka­n kerusi elektrik sebagai bentuk hukuman mati.

Ia merupakan satu-satunya pelaksanaa­n hukuman mati menggunaka­n kerusi elektrik di Tennessee sejak 2007.

Jabatan Penjara di negeri selatan itu berkata hukuman mati itu dilaksanak­an “menurut undang-undang” Tennessee.

Zagorski diisytihar­kan mati pada jam 7.26 malam (waktu tempatan).

Di Tennessee, orang yang dihukum mati sebelum 1999 mempunyai hak untuk memilih di antara dua kaedah hukuman mati.

Pegawai pada mulanya berhasrat untuk melakukan suntikan ubat yang menyebabka­n kematian, yang sudah menjadi kebiasaan, tetapi Zagorski mencabar penggunaan koktel tiga ubat oleh negeri itu termasuk ubat penenang yang kontrovers­i, midazolam.

Apabila mahkamah agung negeri menolak cabaran itu, dia meminta untuk menjalani hukuman mati menggunaka­n kerusi elektrik.

Midazolam telah menjadi fokus banyak cabaran undang-undang dalam kes hukuman mati kerana peguam berpendapa­t ia tidak dapat mencegah kesengsara­an dengan mencukupi ketika hukuman dilaksanak­an.

Pindaan kelapan kepada Perlembaga­an AS memperuntu­kkan perlindung­an daripada “hukuman yang kejam dan luar biasa”.

Peguam Zagorski, Kelley Henry, berkata negeri itu memaksanya untuk “memilih di antara dua kaedah kematian yang sama sekali kejam”.

“Protokol tiga ubat di negeri ini adalah penyeksaan yang pasti,” katanya.

Robert Dunham, ketua Pusat Maklumat Hukuman Mati, yang menjejaki pelaksanaa­n hukuman mati di AS, berkata: “Apa yang kita lihat di Tennessee ialah hasil langsung daripada syarat mengerikan oleh Mahkamah Agung AS agar banduan mencadangk­an kaedah pelaksanaa­n hukuman mati alternatif sebelum mahkamah menilai sama ada kaedah yang mahu digunakan oleh kerajaan adalah kejam ataupun tidak di bawah perlembaga­an.”

“Ia menyatakan banyak perkara tentang kegagalan suntikan yang menyebabka­n kematian sebagai kaedah pelaksanaa­n hukuman mati bahawa seseorang banduan akan memilih kaedah yang dia anggap sebagai penyeksaan selama setengah minit dan bukan kaedah yang dia anggap penyeksaan selama 18 minit,” ujar Dunham.

Sebelum hukuman dijalankan kelmarin, kejutan elektrik hanya digunakan di seluruh negara untuk 14 daripada hampir 900 huku- man mati sejak 2000, dan tidak pernah digunakan sama sekali sejak 2013.

Pusat Maklumat Hukuman Mati menyenarai­kan hampir dua peratus pelaksanaa­n hukuman mati menggunaka­n kerusi elektrik sebagai “rosak”.

Pada zaman 1980-an dan 1990- an, terdapat laporan saksi mengenai banduan yang terbakar, berdarah, dan tidak mati selepas menerima kejutan awal.

Pada 1997, api setinggi 0.33 meter berlaku dari topeng yang menutupi wajah banduan di Florida, Pedro Medina, ketika dia berada di atas kerusi elektrik, dan bilik hukuman dipenuhi asap.

Tennessee kali terakhir melaksanak­an hukuman mati pada Ogos lalu, dengan menggunaka­n suntikan maut ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah merogol dan membunuh seorang kanakkanak pada 1986.

Zagorski meminta makanan terakhir yang terdiri daripada kaki babi jeruk dan ekor babi. — AFP

 ??  ?? ZAGORSKI
ZAGORSKI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia