Utusan Borneo (Sarawak)

Ethiopia lantik wanita pertama bagi ketuai Mahkamah Agung

-

CANBERRA: Penyelam yang terbabit dalam operasi menyelamat­kan mangsa terperangk­ap di sebuah gua di Thailand, Richard Harris menerima anugerah ‘Australia of the Year’, lapor Xinhua.

Namanya menjadi tajuk utama media antarabang­sa selepas mendedahka­n beliau orang terakhir meninggalk­an gua Tham Luang, selepas membantu menyelamat­kan 12 remaja lelaki dan seorang jurulatih bola sepak.

Beliau yang juga pakar bius, menggunaka­n kepakarann­ya membimbing mangsa supaya bertenang ketika operasi menyelamat dijalankan.

“Saya bangga dan terharu dengan anugerah yang diterima,” katanya selepas menerima anugerah itu dalam satu majlis di Adelaide kelmarin.

Mengimbau detik mula menyertai operasi menyelamat, Harris berkata sebaik dihubungi pakar menyelam dari Britain, beliau membatalka­n percutiann­ya pada saat-saat akhir untuk menyertai operasi itu.

Kesemua mangsa terbabit terperangk­ap di dalam sebuah gua yang dilanda banjir di Chiang Rai, utara Thailand pada Julai lalu.

Remaja berumur 11 hingga 16 tahun itu bukan saja tidak tahu berenang dan perlu menyelam bersendiri­an terutama di laluan bawah air tertentu yang keruh dan terlalu sempit untuk memuatkan dua orang.

Kesemua remaja itu dan jurulatih mereka berjaya diselamatk­an selepas 17 hari terperangk­ap. — Bernama ADDIS ABABA: Parlimen Ethiopia kelmarin melantik ketua Mahkamah Agung wanita yang pertama di negara ini, jawatan terbaharu dalam satu trend untuk menempatka­n wanita dalam jawatan tinggi, kata seorang pegawai kanan.

Pelantikan Meaza Ashenafi sebagai presiden mahkamah tertinggi menyusul tindakan Perdana Menteri Abiy Ahmed pada bulan lepas meletakkan seorang wanita dalam peranan simbolik sebagai presiden dan turut menamakan sebuah kabinet seramai 20 orang di mana wanita memegang separuh daripada jawatan.

“Kemaraan Ethiopia ke arah kesamaan jantina dalam jawatan kepimpinan utama berterusan tanpa penguranga­n,” ketua kakitangan Abiy, Fitsum Arega menulis dalam Twitter.

Seorang bekas hakim mahkamah tinggi, Meaza juga adalah penasihat bagi penulisan perlembaga­an Ethiopia, dan mengasaska­n Persatuan Peguam Wanita Ethiopia ( EWLA), lapor Korporat Penyiaran Fana.

Melantik wanita bagi jawatan tertinggi adalah perubahan terbaharu yang dicapai oleh Abiy, yang turut mencapai kedamaian dengan negara jiran Eritrea dan mengumumka­n penswastaa­n beberapa industri utama selepas pelantikan­nya pada April lepas. — AFP WASHINGTON: Lelaki yang disyaki menembak mati 11 orang di sebuah saumaah di bandar Pittsburgh di Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengaku tidak bersalah ke atas dakwaan persekutua­n yang boleh melihat dia dijatuhi hukuman mati, kata jurucakap pejabat pendakwa raya umum AS.

Robert Bowers, yang hadir di mahkamah dengan tangannya bergari, tidak bercakap kecuali untuk menyatakan dia memahami dakwaan terhadapny­a.

Peguamnya telah mengemukak­an satu rayuan tidak bersalah untuk dia dan memohon perbicaraa­n juri, lapor media AS.

Pihak berkuasa berkata Bowers, 46, menyerbu masuk ke dalam saumaah ‘Tree of Life’ pada Sabtu lepas de- ngan selaras raifal serangan AR-15 dan tiga pucuk pistol, membunuh 11 orang semasa sembahyang Sabbath serta mencederak­an enam yang lain, termasuk empat anggota polis.

Dia sekarang berdepan 44 tuduhan termasuk jenayah kebencian persekutua­n berhubung dengan tembakan itu.

Dakwaan menyatakan dia telah melakukan pembunuhan di samping melanggar hak perlembaga­an mangsa untuk mengamalka­n dengan bebas kepercayaa­n keagamaan – yang dianggap sebagai satu jenayah kebencian di bawah undang-undang AS.

Di bawah dakwaan yang diperluask­an, dia akan berdepan dengan hukuman mati, atau penjara seumur hidup tanpa parol diikuti satu hukuman berturut-turut bagi penjara selama 535 tahun, menurut Jabatan Kehakiman.

Bowers ditahan selepas tercedera dalam kejadian tembak-menembak dengan anggota polis dan dipindahka­n ke sebuah hospital tempatan. — AFP

 ??  ?? BOWERS
BOWERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia