Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim Peru arah Keiko Fujimori dipindah ke penjara wanita

-

LIMA: Pemimpin pembangkan­g yang berpengaru­h di Peru, Keiko Fujimori telah dibawa ke sebuah penjara di Lima kelmarin, sehari selepas mahkamah mengarahka­n dia ditahan dalam penahanan pencegahan selama tiga tahun sementara menunggu keputusan daripada siasatan rasuah bernilai jutaan dolar.

Wanita berusia 43 tahun itu dibawa ke sebuah penjara wanita di selatan ibu negara selepas semalam di sebuah sel di Istana Keadilan, di mana hakim Richard Concepcion Carhuancho memberikan keputusan yang dibimbangi oleh Fujimori.

Imej di televisyen menunjukka­n Fujimori yang bergari tangan tersenyum ketika dia dibawa kelmarin di dalam sebuah kenderaan polis ke penjara wanita Chorrillos.

Kira-kira 12 penyokong dari parti Popular Force yang diasaskan oleh Fujimori pada 2001 melaungkan, “Beranilah, Keiko, rakyat anda ada di sini,” ketika dia tiba di penjara.

Anak perempuan kepada bekas presiden yang dimalukan Alberto Fujimori itu dituduh menerima sejumlah $1.2 juta dalam pembiayaan haram parti daripada syarikat pembinaan Brazil Odebrecht untuk kempen presiden pada 2011.

Dia akan berdepan hukuman penjara selama 20 tahun sekiranya disabitkan dalam kes tersebut.

Semasa mengarahka­n penahanann­ya, Carhuancho berkata terdapat “kecurigaan yang serius” bahawa Fujimori telah mengendali­kan sebuah “organisasi jenayah de facto yang bermula dalam parti” dan telah melaburkan wang haram.

Beliau menyatakan Fujimori mempunyai “risiko melarikan diri yang tinggi” dan “satu-satunya langkah yang diperlukan dalam kes tersebut adalah penahanan pencegahan.”

Hakim itu mengambil masa selama lapan jam untuk menyatakan keputusann­ya, yang hampir pasti memusnahka­n harapan Fujimori untuk bertanding bagi jawatan presiden pada 2021.

Dua kali sebelum ini, pada 2011 dan 2016, dia dikalahkan dalam peringkat awal pilihan raya presiden, walaupun parti Popular Force memenangi undi paling banyak dalam keduadua pilihan raya.

Peguamnya, Giuliana Loza memberitah­u stesen radio RPP bahawa dia akan mengemukak­an satu rayuan pada Isnin depan.

Carhuancho dijangka akan memutuskan permintaan pendakwa raya umum Jose Domingo Perez bagi 10 suspek lain ditahan dalam penahanan pencegahan berhubung dengan siasatan Odebrecht, yang melibatkan usaha mengesan jutaan dolar dalam pembayaran haram.

Odebrecht telah mengaku membelanja­kan ratusan juta dolar bagi membeli sokongan ahli politik dalam kerajaan di sekitar Amerika Latin. — AFP GUWAHATI: Kumpulan pemisah yang bersenjata kelmarin disyaki menembak mati lima orang yang mereka pilih di sebuah kampung India di mana ketegangan etnik sedang berbahang berhubung dengan undang-undang baharu mengenai migran, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa berkata mereka mengesyaki puak daripada kumpulan haram Barisan Pembebasan Bersatu Asom ( ULFA) telah melakukan pembunuhan di negeri Assam, termasuk satu serangan bom di ibu negeri Guwahati pada bulan lepas.

Militan ULFA, yang mahukan pemisahan negeri Assam, telah mengugut melancarka­n serangan terhadap satu undang-undang baharu yang akan memberi kerakyatan kepada penduduk Hindu yang berpindah ke negeri tersebut dari negara jiran yang majoriti beragama Islam di Bangladesh.

Lelaki bersenjata yang memakai pakaian seragam tentera telah memasuki kampung di daerah Tinsukia dan mengarahka­n penduduk etnik Bengali keluar dari rumah mereka, kata pihak berkuasa.

Empat orang terbunuh di tempat kejadian manakala mangsa kelima meninggal dunia di hospital, tambah mereka. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TETAP SOKONG: Penyokong Keiko Fujimori berdemonst­rasi di luar penjara Santa Monica, di mana dia akan menjalani penahanan selama 36 bulan, di Lima kelmarin.
— Gambar AFP TETAP SOKONG: Penyokong Keiko Fujimori berdemonst­rasi di luar penjara Santa Monica, di mana dia akan menjalani penahanan selama 36 bulan, di Lima kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? KE PENJARA: Keiko Fujimori (tengah) diiringi polis ketika meninggalk­an Istana Keadilan selepas seorang hakim mengarahka­nnya untuk kembali ke penjara di Lima kelmarin.
— Gambar Reuters KE PENJARA: Keiko Fujimori (tengah) diiringi polis ketika meninggalk­an Istana Keadilan selepas seorang hakim mengarahka­nnya untuk kembali ke penjara di Lima kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia