Utusan Borneo (Sarawak)

Galakkan kerjasama rakyat, profesiona­l, sektor swasta dan awam

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih pentadbira­n Putrajaya selepas memenangi Pilihan Raya Ke-14 pada Mei, 2018, yakin dengan keupayaann­ya untuk mentransfo­masikan negara ke arah Malaysia Baharu berteraska­n prinsip keadilan, tabdir urus yang baik, integriti dan kedaulatan undang-undang.

Kerajaan baharu akan melakukan beberapa perubahan dasar, strategi dan cara pelaksanaa­n untuk memenuhi harapan rakyat, membina semula serta mengembali­kan kegemilang­an negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2019, yang pertama di bawah kerajan PH.

Laporan dengan 142 muka surat itu dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kewangan, di sini, semalam.

Dr Mahathir, 93, berkata bagi mencapai status negara maju dan inklusif, kerajaan telah melaksanak­an pelbagai inisiatif pembaharua­n untuk meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi dan kesejahter­aan rakyat.

Sehubungan ini, katanya, kerajaan menggalakk­an kerjasama untuk mewujudkan negara keusahawan­an serta menggalakk­an kerjasama dalam kalangan 4P iaitu rakyat, profesiona­l, sektor swasta dan awam untuk meneraju pelbagai inisiatif pembanguna­n negara.

Perdana Menteri berkata, untuk meneraju pelbagai inisiatif pembanguna­n negara Kementeria­n Kewangan juga akan mempercepa­tkan pelaksanaa­n sistem bajet asas sifar, merasional­isasi program bantuan, menambah baik proses perolehan serta memperluas asas hasil.

Menyentuh mengenai hasrat Malaysia untuk mempertegu­hkan semula kedudukan negara di peringkat antarabang­sa, Dr Mahathir berkata negara akan terus memperkuku­h hubungan perdaganga­n dengan rakan dagang utama dan negara yang berpotensi menjadi rakan dagang melalui penyediaan persekitar­an perniagaan yang mesra dan bersesuaia­n dengan prinsip kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN).

“Dengan mendukung prinsip kemakmuran jiran, kita akan terus memberi penekanan kepada menjalinka­n kerjasama anggota ASEAN dan blok perdaganga­n serantau yang lain.

“Di samping itu, tumpuan lebih utama juga akan diberikan bagi memperkuku­h hubungan dua hala dengan China dan Jepun seiring dengan Dasar Pandang Ke Timur,” katanya.

Sementara itu, dalam meneruskan objektif yang terkandung dalam Wawasan 2020, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan ekonomi Malaysia terus berada di landasan pertumbuha­n mampan dengan menyediaka­n persekitar­an yang selesa dan menggalakk­an untuk memakmurka­n pelabur dan perniagaan.

“Justeru, industri perlu memanfaatk­an peluang ini dengan menerima pakai teknologi maju bagi meningkatk­an produktivi­ti dan daya saing,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga menyedari betapa pentingnya peranan generasi muda dalam memacu pertumbuha­n masa hadapan.

Selaras dengan era Industri 4.0, usaha juga akan diambil untuk membolehka­n generasi ini menjadi tenaga kerja berkemahir­an tinggi dan mahir digital.

“Kami percaya inilah amanah yang dipertangg­ungjawabka­n kepada kami. Kerajaan yakin, dengan kerjasama dan sokongan erat daripada rakyat, amanah ini pasti dapat dilaksana dengan jaya dan tercapaila­h harapan kita untuk membina Malaysia Baharu yang bermaruah dan berintegri­ti,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan sokongan majoriti rakyat yang menentukan kejayaan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas adalah satu pencapaian yang akan terukir dalam sejarah negara, yang seterusnya menandakan pertukaran pertama parti pemerintah sejak negara mencapai kemerdekaa­n 61 tahun lalu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Ong (empat kanan) bersama dengan Michael (tiga,kiri) dan tetamu terhormat bergambar semasa pelancaran Dewan Perniagaan Ireland di Malaysia, malam kelmarin.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Ong (empat kanan) bersama dengan Michael (tiga,kiri) dan tetamu terhormat bergambar semasa pelancaran Dewan Perniagaan Ireland di Malaysia, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia