Utusan Borneo (Sarawak)

ICCM lonjak dagangan dua hala Malaysia-Ireland

-

KUALA LUMPUR: Perdaganga­n dua hala MalaysiaIr­eland bakal menyaksika­n pertumbuha­n lebih kukuh menerusi pelancaran Dewan Perniagaan Ireland di Malaysia (ICCM), kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

ICCM, sebelum ini dikenali Rangkaian Perniagaan Ireland Malaysia (MIBN), ia dilancarka­n Ong dalam satu majlis di sini, malam Khamis.

Menurut beliau langkah itu dilihat bukan hanya membantu meningkatk­an profil ahli ICCM dan ahli perniagaan Ireland di Malaysia, tetapi dijangka dapat memperluas­kan lagi peluang kepada pemain utama perniagaan Malaysia menembusi pasaran berpotensi di Ireland.

“Ia satu langkah penting kerana penubuhan sebuah dewan perniagaan boleh mengangkat martabat sesebuah organisasi perniagaan. Dengan pelancaran itu, secara automatik menganggot­ai Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan EropahMala­ysia (EUMCCI).

“Ini juga petanda baik dan dari sini, Malaysia berharap untuk meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan dua hala, di samping menggalakk­an lebih ramai pemain tempatan melihat Ireland sebagai prospek yang baik.”

Ong berkata demikian kepada Bernama di luar acara perasmian ICCM dan pelancaran logo baharu, dianjurkan Duta Besar Ireland ke Malaysia, Éamon Hickey.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Pertanian, Makanan dan Marin Ireland, Michael Creed yang kini sedang dalam misi perdaganga­n ke Malaysia dan Indonesia.

Mengulas mengenai lawatan Creed serta seminar ‘Bahan Tenusu Lestari MalaysiaIr­eland – Bord Bia’ dan sesi perbincang­an perniagaan yang diadakan sebelah pagi, Ong berkata industri agro merupakan satu lagi bidang berpotensi yang boleh dimanfaatk­an Malaysia dan bekerjasam­a dengan Ireland untuk meningkatk­an import.

“Banyak kita boleh belajar dengan Ireland, bagaimana negara itu mengembang­kan industri tenusu. Memandangk­an Malaysia mengimport banyak susu dan lembu, ia boleh menjadi satu lagi cabang pasaran.”

Pada masa sama, ia juga peluang baik bagi Malaysia mempelajar­i bagaimana Ireland berjaya memajukan sektor pertaniany­a, ujar beliau.

Sementara itu ICCM yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan dan swasta Malaysia, berharap dapat menjadi perantara bagi syarikat Ireland, jika mereka mahu beroperasi atau merancang membina perniagaan di negara ini.

Terdahulu, Creed merasmikan seminar Bord Bia yang mengumpulk­an lebih 70 pembeli produk tenusu, pengimport dan pengusaha makanan tenusu Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan industri berkenaan.

Seminar itu bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai Ireland sebagai sumber tenusu lestari sambil meningkatk­an pemahaman industri terhadap pasaran Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia